Jose Mourinho terkenal dengan banyak kebolehan – salah satunya membuat pemain-pemainnya tidak gembira. Lantaran itu juga, pengurus celupar itu mungkin kehilangan penyerang muda, Marcus Rashford.
Terbaru, penyandang trofi Liga Juara-Juara, Real Madrid, dilaporkan terdesak untuk menandatangani Rashford – dan ia mungkin tawaran dari langit yang tidak disangka-sangka pemain sayap berusia 20 tahun itu yang harus mengalu-alukannya untuk angkat kaki.
Di bawah sistem penggiliran Mourinho musim ini, Rashford hanya membuat 14 penampilan dalam kesebelasan permulaan di samping 13 penampilan lagi selaku pemain gantian yang ada kala amat terbatas masa bermainnya.
Di sebalik penyerang itu sering digilirkan dengan Anthony Martial, dia tetap tidak menghampakan dengan menyumbat 12 gol selain enam lagi bantuan jaringan dalam semua kejohanan.
Namun, dalam analisis akhirnya, Rahford tetap tidak gembira dengan keterbatasan waktu bermainnya, apatah lagi dalam dia mempersiapkan diri untuk menambat hati pengurus England, Gareth Southgate, menjelang kempen Piala Dunia di Russia, 14 Jun-15 Julai ini.
Tambah menghangatkan keadaan, majalah bola sepak mingguan Sepanyol, Don Balon, melaporkan Real sedang mempersiapkan tawaran lumayan buatnya pada musim panas ini.
Sebagai jaminan untuk mendapatkan tandatangannya, tambah majalah itu, Presiden Real, Florentino Perez, turut bersedia menawarkan pemain sayapnya, Gareth Bale, sebagai tukaran.
Perez dikatakan berasa bahawa Rashford harus menjadi pembelian Galactico berikutnya di Santiago Bernabeu dan keseriusannya dibayangkan oleh kesediaannya melepaskan Bale yang telah bersama Los Blancos sejak 2013 selepas berpindah daripada Tottenham Hotspur dengan nilai £86 juta (RM476 juta).
Rashford turut dihajati sebagai pengganti kepada Karim Benzema yang dijangka meninggalkan Bernabeu pada akhir musim ini.
Kebetulan, Bale adalah sasaran jangka panjang buat United, dengan Mourinho secara terbuka menyuarakan kekagumannya terhadap bintang Wales berusia 28 tahun itu pada musim panas lalu.
Ikhtiar memikat Rashford harus diperkuatkan lagi dengan sokongan Cristiano Ronaldo yang turut meminati penyerang muda itu.
Bercakap mengenai Rashford pada 2016 – tahun dia terpilih dalam pasukan kebangsaan England, Ronaldo mengungkapkan: “Dia seorang pemain muda yang sangat bagus. Saya melihat sedikit imbasan diri saya dalam diri penyerang England itu – dia memiliki keberanian, dia pantas dan sangat licik bersama bola.
“Saya fikir bagi mana-mana penyerang, mereka haruslah sentiasa laparkan jaringan dan saya melihatnya dalam diri pemain itu. Dia seorang pemain masa depan yang menakjubkan,” katanya lagi.
Didatangkan tawaran dari langit seumpamanya, kerugiannya adalah di pihak Mourinho.