Tamat aksi pertama saingan peringkat kumpulan Piala Dunia Russia 2018, perlawanan yang memenuhi ramalan awal serta kejutan yang tidak pernah mengecewakan.
Kejohanan bola sepak terbesar dunia menghimpun 32 skuad kebangsaan yang mengharungi saingan kelayakan yang memakan masa hampir tiga tahun untuk bergelar pasukan terbaik dunia.
Piala Dunia merupakan pentas pemain-pemain untuk membuktikan kebolehan mereka untuk membawa skuad negara masing-masing mencari kejayaan, sekali gus meningkatkan nilai sukan bola sepak negara mereka ke tahap yang paling tinggi.
Aksi pertama sentiasa memberikan gambaran ketersediaan pasukan menghadapi kejohanan ini dan beberapa perlawanan yang benar-benar memberikan penampilan yang penuh bertenaga.
Kumpulan A
RUSSIA 5 ARAB SAUDI 0
Selepas tamat persembahan pembukaan, tuan rumah, Russia turun membuka tirai saingan Piala Dunia di Stadium Luzhniki. Arab Saudi yang kembali beraksi dalam saingan ini buat pertama kali sejak 2006, menampilkan corak menyerang walaupun mengetahui pasukan Eropah memiliki fizikal serta taktikal yang jauh lebih baik.
Kemenangan Russia dengan lima gol tanpa balas membuktikan mereka sedia menampilkan persembahan cemerlang sepanjang kempen kali ini. Perkara yang menarik perhatian sepanjang perlawanan adalah gelagat presiden Russia, Vladimir Putin, dan Putera Arab Saudi, Mohammed bin Salman, setiap kali Russia menjaringkan gol.
URUGUAY 1 MESIR 0
Gandingan jentera serangan, Edinson Cavani dan Luis Suarez yang melancarkan serangan bertali arus gagal menembusi pertahanan Mesir dan Uruguay berjaya meraih kemenangan tipis hasil jaringan tunggal Jose Gimenez pada penghujung permainan.
Bintang Liverpool, Mohamed Salah, yang direhatkan kerana mengalami kecederaan dalam aksi final Liga Juara-Juara (UCL) berdepan Real Madrid bulan lalu, bakal memainkan peranan penting buat Mesir dalam aksi seterusnya berdepan Russia selepas disahkan bakal tampil dalam kesebelasan utama.
Kumpulan B
PORTUGAL 3 SEPANYOL 3
Perlawanan yang dinanti-nantikan dalam saingan Kumpulan B ini menyaksikan juara Euro 2016 itu berdepan skuad kebangsaan yang berpengalaman, Sepanyol. Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo menjadi tonggak utama Portugal selepas berjaya meledak hatrik sementara Diego Costa dan Nacho Fernandez meledak gol buat La Roja, menyaksikan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata.
MAGHRIBI 0 IRAN 1
Gol sendiri Aziz Bouhaddouz pada penghujung permainan memberikan kemenangan kepada Iran yang juga kemenangan keduanya dalam saingan Piala Dunia sejak kali terakhir melakukannya ke atas Amerika Syarikat pada Jun 1998.
Iran menjadi pasukan pertama yang memenangi perlawanan Piala Dunia selepas gagal menghasilkan sebarang percubaan dalam separuh masa kedua.
Kumpulan C
PERANCIS 2 AUSTRALIA 1
Kemenangan ke atas Australia menyaksikan Perancis merakamkan rekod bersih tanpa sebarang kekalahan dalam aksi pembukaan sejak tewas kepada Senegal pada 2002.
Jaringan sepakan penalti Antoine Griezmann dan jaringan sendiri Aziz Behich memastikan tiga mata buat skuad kendalian Didier Deschamps dan Australia telah tewas empat daripada lima aksi pembukaan, dengan kemenangan mereka hadir ketika berdepan Jepun pada 2006.
PERU 0 DENMARK 1
Yussuf Poulsen muncul wira Denmark yang memastikan kemenangan keempat daripada lima aksi pembukaan Piala Dunia. Peru yang hadir ke saingan Piala Dunia kali ini dengan ranking ke-11 dunia, gagal mencipta kemenangan dalam dalam tujuh perlawanan (seri 2, kalah 5).
Kumpulan D
Argentina 1 Iceland 1
Aksi yang menjadi perbualan hangat apabila naib juara edisi 2014, Argentina, diikat pendatang baru Piala Dunia, Iceland, sekali gus menyaksikan La Albiceleste gagal merakamkan kemenangan sejak 1990 berdepan Cameroon.
Lionel Messi gagal menyempurnakan sepakan penalti tatkala taktikal bertahan Iceland mengecewakan Argentina.
Croatia 2 Nigeria 0
Kemenangan ke atas Nigeria ini sekali gus menyaksikan Croatia meraih kemenangan pertama dalam aksi pembukaan sejak membuat penampilan sulung pada 1998.
Jaringan Croatia terhasil menerusi Oghenekaro Etebo (gol sendiri) dan Luka Modric memberikan tiga mata berharga.