Skip to main content

Rencana

Ramon Marcote harus waspada!

010517kedah.jpg
Graf musim 2017 secara keseluruhan buat skuad Lang Merah adalah satu pencapaian yang boleh dibanggakan.

Selain muncul juara Piala FA, kejayaan layak ke pentas final Piala Malaysia tiga kali berturut-turut adalah satu pencapaian yang amat baik. Sama ada di bawah bimbingan Tan Cheng Hoe mahupun Nidzam Adzha Yusoff, prestasi Kedah berada pada tahap yang sama dan konsisten.

Kini, untuk musim 2018, bekas pembantu jurulatih sewaktu zaman Tan Cheng Hoe dahulu dari Sepanyol, Ramon Marcote, kembali berkhidmat semula secara rasmi sekali gus mengetepikan nama besar yang dikatakan bakal mengendalikan Kedah untuk musim hadapan.

Kehadiran Marcote dikhabarkan amat disenangi penyokong Lang Merah dan juga para pemain. Penaja baru Kedah juga amat berpuas hati dengan gaji yang diminta Marcote, dan secara tidak langsung kehadiran beliau bakal menghangatkan saingan Liga Super yang akan datang.

Laporan akhbar tempatan turut melaporkan ketua pasukan, Khairul Helmi Johari, percaya kehadiran Marcote mampu menaikkan mutu permainan Kedah dalam menghadapi musim 2018.

Masakan tidak, Kedah antara pasukan tempatan yang amat sinonim dengan pemainan hantaran pendek dan pengendali Sepanyol itu dikatakan mahu mengekalkan falsafah bola sepak yang sama.

Lebih memberikan kelegaan buat Marcote adalah tonggak utama Kedah kini, adalah pemain yang sama sewaktu beliau bersama-sama Tan Cheng Hoe dahulu. Sudah pasti peluang ini akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi persiapan untuk musim hadapan.

Namun, harus diingat, mengekalkan momentum kemenangan tidak semudah seaktu menggapai kejayaan.

Marcote pasti sedar akan tekanan yang harus dihadapi seandainya tidak mampu meningkatkan prestasi pasukan, ataupun sekurang-kurangnya mengekalkan prestasi sama seperti 2017 di mana Kedah berjaya merangkul dua piala ( Piala FA, Piala Sumbangsih) dan tangga keempat Liga Super.

Jika gagal, bukan sahaja beliau akan kehilangan jawatan, malahan juga akan menjadi cemuhan penyokong Hijau Kuning yang kita tahu memang cukup fanatik dengan pasukan kesayangan mereka.

Advertisement

Must Watch Video