Percaya atau tidak, ramai peminat bola sepak yang bukan menyokong United, akan memberikan sokongan penuh kepada The Red Devils menjelang pertemuan setempat berdepan Manchester City.
Malah pemain Liverpool sendiri iaitu James Milner secara terang terangan berkata beliau akan menjadi penyokong United buat pertama kalinya.
Ini semua gara-gara mahu menggapai impian melihat pasukan yang begitu lama tidak muncul juara liga, iaitu Liverpool kembali menggapai kejuaraan untuk musim 2018/2019. Ini merupakan detik terbaik buat Jurgen Kloop dan anak-anak buahnya menamatkan kemarau hampir 30 tahun Liverpool yang gagal menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris. Dengan Liverpool memiliki kelebihan dua mata, dikala City kekurangan satu perlawanan, banyak pihak begitu mengharapkan United mampu menumbangkan City untuk membuka peluang kepada Liverpool muncul juara.
Walaubagaimanapun, berbeza ceritanya di Kem United. Jika sejarah menjadi ukuran, United sudah pasti tidak rela melihat Liverpool menjulang kejuaraan kerana mereka adalah seteru utama sejak dari dahulu lagi. Namun memandangkan United sendiri turut terdesak untuk menamatkan liga di kedudukan empat teratas, kemenangan menentang City adalah satu kemestian yang mesti dizahirkan menjadi kenyataan.
Jika prestasi semasa anak-anak buah Ole Gunnar Solskjaer diambil kira, mereka seharusnya gusar apabila menerima kunjunga The Citizen di Old Trafford nanti. Dengan ketidak tentuan prestasi pemain-pemain utama, dan terbaru tewas 4-0 kepada Everton di Goodison Park, United amat memerlukan magis jika mahu menjinakkan City di laman sendiri. Sewaktu peralihan kerusi ketua jurulatih dari Jose Mourinho ke OGS, semuanya nampak baik baik sahaja, namun selepas diangkat sebagai pengurus tetap United, skrip sama berulang semula. United kini amat terdesak mahu mengutip mata semaksima mungkin di liga, agar tidak keciciran tempat ke UCL musim hadapan.
Bagi City pula, selepas disingkirkan di UCL oleh Tottenham Hotspurs, fokus utama sewajarnya diberikan kepada saingan liga, memandangkan mereka mempunyai kelebihan satu mata andai menang semua baki perlawanan dengan pesaing terdekat, Liverpool. Andai mampu menjuarai liga untuk dua masim berturut-turut, sekurang-kurangnya pelaburan berbilion ringgit di awal musim lalu boleh dianggap berbaloi walaupun tidak menjulang kejuaraan UCL , selain terus mengekalkan kemarau bepuluh tahun pasukan Liverpool untuk menjuarai liga.