Secara mengejut, Borussia Dortmund mengumumkan kehadiran penyerang muda sensasi Salzburg, Erling Haaland, dalam yuran perpindahan bernilai GBP18 juta (RM j) hanya beberapa hari dikatakan hampir pasti ke Juventus.
Haaland menjadi buruan beberapa kelab besar Eropah selepas menyinar bersama Salzburg dalam Liga Norway sambil mencuri perhatian selepas menjaringkan gol dalam lima perlawanan pertama peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah.
Manchester United dan Juve merupakan dua kelab utama Eropah yang dilaporkan cuba mendapatkan khidmatnya sambil rakan pasukan yang berkongsi pemilik dengan Salzburg, RB Leipzig, juga berhasrat meraih tandatangannya.
Bagaimanapun, dalam satu sidang media mingguan, pengurus Red Devils, Ole Gunnar Solskjaer menafikan pasukannya mahu mengejar khidmat Haaland sambil menegaskan pemain remaja itu sedang bercuti perayaan Krismas susulan rehat musim sejuk di Austria, seperti yang dilaporkan Chris Wheeler dalam The Daily Mail.
Namun, laporan daripada Manchester Evening News memaparkan perkara sebaliknya.
United dikatakan gagal mencapai persetujuan dengan Haaland kerana tidak bersetuju dengan klausa pembelian serta peratusan jualan pada masa akan datang yang ditetapkan ejennya, Mino Raiola.
Raiola, ejen sama yang mengendalikan bintang Perancis, Paul Pogba, sehingga mencetuskan spekulasi tidak henti-henti mengenai masa depan tonggak tengah United itu dilihat enggan mengalah dalam usaha memastikan dia turut menikmati kelebihan perpindahan penyerang itu.
Sebelum ini, sikap Raiola yang buas memburu wang dan kekayaan juga menyebabkan bekas penyerang United, Romelu Lukaku, memecatnya dan menggantikannya dengan agensi sukan milik Jay Z, Roc Nation Sports, sekali gus muncul pemain pertama melakukannya dalam Liga Inggeris kerana tidak berpuas hati dengan cara individu itu mengendalikan urusan perpindahannya dari Goodison Park.
Jelas sekali, apa yang berlaku terhadap Pogba dan Lukaku menjadi iktibar buat United dan kali ini, Solskjaer tidak mahu tunduk dengan kerakusan ejen yang mahu 'bermandikan' wang itu menjadi raja dengan mendominasi perpindahan Haaland ke United.