Jamie Vardy, digelar ‘The Foxes goal machine’ tetapi tidak berjaya menjaringkan satu gol pun ketika Leicester City benar-benar memerlukan suntikan untuk mengutip 3 mata pada perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris musim 2019/ 2020 menentang Manchester United.
Impaknya?
Leicester City terlepas slot ke Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan - tidak seperti apa yang pernah dijanjikan Vardy ketika diramalkan berpeluang cerah untuk merangkul gelaran penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris terbaharu.
Menterjemahkan kenyataan Vardy bersama media antarabangsa pada awal Julai lalu, pemain berusia 33 tahun itu menegaskan dia hanya akan merasa gembira apabila pengiktirafannya sebagai penjaring terbanyak liga itu datangnya dari kejayaan membawa Leicester kembali ke kelompok pasukan terbaik Eropah iaitu Liga Juara-Juara - dimana sudah sah ketika ini, misi itu gagal apabila Leicester tamat di tangga kelima.
Sayang seribu kali sayang.. Vardy sebenarnya mempunyai banyak sebab untuk bergembira bersama rakan sepasukan dan penyokong setia Leicester walaupun bukan kejayaan seperti Liverpool yang mungkin dikecapi mereka kali ini.
Vardy tidak perlu mengulangi pencapaian terbaiknya di Liga Perdana Inggeris pada 2015/ 2016 - musim dimana Leicester dinobatkan sebagai juara yang mengejutkan - Vardy ketika itu hampir meraih gelaran ‘Golden Boot’ apabila meledak 24 gol keseluruhan, hanya kurang 1 gol berbanding pemenang, Harry Kane.
Dengan 23 gol semusim, Vardy kini memegang rekod penjaring paling berusia dan pemain inggeris kesembilan memenangi gelaran yang sangat lazim buat penyerang berbisa.
Vardy menewaskan Pierre Emerick-Aubameyang dari Arsenal dan penyerang Southampton, Danny Ings yang masing-masing terikat 22 gol.
Tahun lalu, Aubameyang turut merekodkan 22 gol untuk berkongsi gelaran bersama duo sensasi Liverpool, Mohamed Salah dan Sadio Mane.

Sharpest shooter of the season ?⚽️
— Premier League (@premierleague) July 26, 2020
Congratulations @vardy7, your @CadburyUK Golden Boot winner for 2019/20! pic.twitter.com/avD8GboEYg