Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Jangan suka-suka sangat -- Jurulatih Man City

Pep

Anak buah Pep Guardiola meraih kemenangan penting dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila menewaskan Arsenal 2-1 di Stadium Etihad, malam tadi.

Penyerang Manchester City, Erling Haaland, menjaringkan gol kemenangan pada separuh masa kedua dalam, sekali gus merapatkan jurang di puncak liga kepada tiga mata, dengan City mempunyai kelebihan satu perlawanan.

Advertisement

"Saya rasa menikmati bukanlah perkataan yang tepat," kata pengendali Sepanyol itu.

"Tidak mengapa. Harapan, perlawanan itu memberi kami harapan. Itu sahaja.

"Saya berkata kepada pemain selepas perlawanan, nikmati saat ini, tetapi jangan hilang fokus sekarang.

"Realitinya siapakah yang berada di puncak liga? Bukan kami," tambahnya.

"Perbezaan gol (jika kedua-dua pasukan menamatkan saingan dengan mata yang sama), siapa yang lebih baik?

"Tetapi sudah tentu, kami mempunyai harapan, untuk terus melanjutkan peluang."
 

Must Watch Video