Pelumba Yamaha Maju Motor Racing Team, Danial Syahmi, menyifatkan perlumbaan pusingan pertama Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix 2026 di Litar Tangkak sebagai agak mencabar, lebih-lebih lagi selepas berdepan kondisi hujan dalam edisi lalu.
Namun, dengan persiapan rapi sepanjang musim rehat serta sokongan pasukan, beliau mengakui kini kembali lebih segar untuk menghadapi saingan bagi satu pusingan pembukaan musim ini.
Advertisement
"Tahun ini saya ada sasaran baru untuk berada dalam kedudukan podium dan perbaiki prestasi keseluruhan.
"Aktif berkayuh dan jalani latihan di gym sebagai persiapan diri," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zaki Zainal.
Sementara itu, Pengurus Pasukan Yamaha Maju Motor Racing, Alan Yong, menagih kesepakatan penuh daripada barisan pelumba bagi mengulangi pencapaian cemerlang pasukan yang pernah muncul juara selama empat tahun berturut-turut dari 2015 hingga 2018.
Walaupun mengakui terdapat beberapa perubahan dari segi syarat perlumbaan, dia tetap yakin segala persiapan yang dilakukan oleh pasukan sudah mencukupi bagi memastikan misi untuk meraih kejuaraan musim ini dapat direalisasikan.
"Lalui momen naik dan turun sepanjang berkecimpung hampir 30 tahun dalam arena Cub Prix kerana perubahan syarat perlumbaan" katanya.