Bukan kepalang lagi amarah penyokong AC Milan terhadap Gianluigi Donnarumma.
Donnarumma dianggap istimewa kerana bukan mudah seorang pemain mendapat pengiktirafan daripada pemain legenda seperti Gianluigi Buffon dan Dino Zoff pada usia 17 tahun.
Begitupun, perasaan cinta sebahagian besar penyokong Rossoneri terhadapnya bertukar menjadi episod kebencian.
Semuanya gara-gara hajat penjaga gol muda itu untuk meninggalkan gergasi Serie A itu sehingga dia dan ejennya, Mino Raiola, menerima ugutan bunuh.
Raiola dilabel sebagai ejen pemerdagangan manusia kerana sikap tamaknya untuk meraih keuntungan hasil penjualan pemain seperti mana dalam urusan Paul Pogba dari Juventus ke Manchester United yang melibatkan perpindahan termahal dunia.
Dia juga dikhabarkan menuntut gaji bernilai EUR10 juta (RM49j) semusim daripada majikannya.
Kekecewaan itu dizahirkan sewaktu dia mengawal gawang skuad Azzuri ketika menentang Denmark dalam Kejohanan Eropah bawah 21 tahun (B-21) apabila dia dihujani nota wang palsu.
Malah, spekulasi perpindahannya berterusan biarpun kempen skuad muda Itali berakhir lebih awal di tangan Sepanyol dengan drama menutup akaun rasmi Instagram miliknya.
Setakat ini, belum dapat dipastikan ke mana destinasi pemain berketinggian 196 sentimeter itu di sebalik dikaitkan ke Juventus, Real Madrid dan Manchester United.
Sebelum insiden ini berlaku, pada kaca mata peminat, Donnarumma dalam landasan mencapai status sebagai bintang legenda kelab untuk mengikuti jejak Franco Baresi, Paolo Maldini dan Demetrio Albertini.
Sudah sekian lama, Curva Sud Milano tidak mendendangkan pujian buat pemain tertentu.
Ternyata, Donnarumma berjaya menambat hati mereka dengan aksi memukau sejak diperkenalkan dua musim lalu.
Dalam musim sulungnya bersama skuad senior pada 2016, dia merakamkan rekod 10 penampilan tanpa dibolosi manakala 12 pada musim lalu.
Malah, dia beberapa kali menuju ke arah penyokong sambil mencium lencana di dadanya.
Yakinlah penyokong ketika itu bahawa Donnarumma adalah harapan mereka untuk kembali digeruni sebagai sebuah pasukan yang mempunyai tradisi di pentas Eropah mahupun dalam skuad kebangsaan.
Dengan kontraknya memasuki musim terakhir, Milan yang kini mendapat sokongan dana daripada Li Yonghong -- yang mempunyai aset sejumlah EUR500 bilion -- perlu membuat keputusan berani, sama ada melepaskan pemain itu atau melihat dia pergi tanpa mendapat apa-apa keuntungan.
Atau, jalan terakhir mereka dengan mengekalkan Donnarumma sebelum meyakinkannya bahawa Milan mampu kembali gemilang dengan kehadiran muka baru seperti Andre Silva, Ricardo Rodriguez, Mateo Musacchio dan Fabio Borini.