Ibarat Paul Pogba yang baru ketika menyaksikan Manchester United menewaskan Bournemouth 4-1, awal pagi tadi.
Dia seperti anak kecil yang mendapat hadiah hari jadi daripada bapanya.
Mana tidaknya, sejak dari awal lagi, saga permusuhannya dengan bekas pengurus, Jose Mourinho, hanya disebabkan dia mahu United beraksi menyerang dan tidak hanya bertahan.
Namun, niatnya menyuarakan hasrat itu dilihat sebagai antagonis yang mendorong kepada pemecatan Mourinho.
Kini, United dikendalikan bekas penyerang, Ole Gunnar Solskjaer, selaku pengurus sementara untuk sekurang-kurangnya sehingga penghujung musim ini.
Sejak dari awal pelantikannya, Solskjaer menegaskan misi utamanya adalah untuk memastikan United kembali bermain secara menyerang dan pemain menikmati setiap perlawanan.
Sudah pasti individu paling gembira terhadap visi itu adalah Pogba.
Dia mempunyai visi dan keinginan sama seperti Solskjaer.
Jika diibaratkan, baju yang dipakai Solskjaer itu mampu disarung muat badan sasa Pogba.
Jika kita singkap sejarah mereka, Pogba bukanlah orang asing buat Solskjaer.
Dia pernah membimbing bintang Perancis itu sewaktu dalam pasukan simpanan United sekitar tahun 2008.
Malah, pengendali kelahiran Norway itu secara terbuka menyatakan Pogba adalah anak didikannya dan kekal selaku remaja berperwatakan ceria di matanya.
"Paul pemenang Piala Dunia dan dia merupakan pemain muda yang hebat.
"Ketika saya mendidiknya dulu, dia merupakan remaja yang berperwatakan ceria dan perkara itu tidak pernah berubah.
"Dia berkembang dengan pesat dan saya mahu menyerlahkan lagi potensi yang dimilikinya.
"Ramai pemain yang berkualiti di sini.
"Saya mahu menyerlahkan potensi setiap pemain dan Paul tidak terkecuali," kata Solskjaer sewaktu awal pelantikannya, dua minggu lalu.
Jelas, permainan menyerang itu benar-benar dimahukan Pogba.
Setakat ini, dia sudah menghasilkan empat gol dan tiga bantuan jaringan sepanjang tiga perlawanan di bawah kendalian Solskjaer.
Terbaru, dia menjaringkan dua gol dan satu bantuan jaringan sewaktu membantu kemenangan United di Old Trafford, awal pagi tadi.
Kecemerlangan itu menobatkannya selaku pemain terbaik perlawanan, namun sempat juga dia menyindir Mourinho dalam wawancara ringkasnya dengan Sky Sports.
"Ia berbeza. Kami pernah memenangi beberapa perlawanan di bawah pengurus lama, namun kami kini bermain dengan corak permainan berbeza.
"Kami lebih garang menyerang dan memperoleh banyak peluang.
"Kami menggemari permainan seperti itu.
"Itu sepatutnya yang kami lakukan, sentiasa menyerang ketika di atas padang.
"Mungkin kami baru menyedari yang kami adalah Manchester United," katanya.