Kita sering disajikan dengan kisah-kisah menarik pemain bola sepak yang mengharungi keperitan dalam kehidupan sebelum bergelar bintang yang dikenali di seluruh dunia.
Lionel Messi diketahui ramai pernah mengalami masalah tumbesaran sehingga membantutkan usahanya dalam usaha bergelar pemain bola sepak, begitu juga dengan Cristiano Ronaldo.
Ronaldo terpaksa melalui pembedahan di bahagian dada ketika berusia 15 tahun untuk memperbaiki kadar denyutan jantungnya, atau mungkin dia terpaksa melupakan hasrat menjadi pemain bola sepak. Alexis Sanchez juga pernah terpaksa mengerah kudrat di lombong di sekitar pekan Tocopilla, Chile.

Kisahnya berbeza dengan penyerang muda yang kian meningkat naik bersama Watford, Richarlison de Andrade, atau lebih dikenali dengan nama Richarlison.
Penyerang berusia 20 tahun itu sedang meniti kempen yang cemerlang dalam musim pertamanya dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menjaringkan lima gol dan mencatat dua bantuan jaringan buat The Hornets.
Tatkala seorang pemain yang berasal dari Amerika Selatan kebiasaannya akan bergelut untuk menampilkan persembahan memukau, Richarlison mengubah persepsi lazim itu sebaik sahaja tiba dari Fluminense, musim panas lalu.
Namun, mungkin tidak ramai yang sedar bahawa di sebalik kehebatannya di atas padang, wujud kisah yang hampir membuatkan nama Richarlison tidak akan wujud di pentas bola sepak dunia.
Pemain kelahiran Espírito Santo, Brazil ini pernah diacukan pistol tepat ke dahinya, hanya disebabkan bermain bola sepak di jalanan sekitar Nova Venecia ketika berusia 14 tahun.

Situasi itu berlaku antaranya dan beberapa pengedar dadah yang menyangkanya telah mencuri dadah milik mereka dan menyukarkan lagi detik itu, ada antara rakannya yang turut menjual dadah.
"Kebanyakan mereka menjual dadah di jalanan kerana melihatnya sebagai satu jalan mudah untuk mendapatkan wang. Mereka sering mengajak saya menyertai mereka," katanya.
Richarlison memilih untuk menjual aiskrim dan mengambil upah mencuci kereta orang ramai sebagai cara untuk mencari wang bagi menampung perbelanjaan harian dan dia hanya berjaya membeli kasut bola sendiri buat kali pertama pada tahun 2015 ketika menyertai pasukan bola sepak divisyen dua, America Mineiro, pada usia 17 tahun.

Sejak itu, bermulalah karier seorang pemain muda Brazil, sebelum berpindah ke Fluminense dan England dalam tahun-tahun berikutnya. Mungkin Richarlison bakal mengikut jejak langkah rakan senegara seperti Philippe Coutinho dan Gabriel Jesus yang cemerlang dalam saingan EPL, sebelum ini.