Kesilapan pertahanan PDRM yang banyak membuat kesilapan di awal permainan di kawasan mereka sendiri telah memberi ruang kepada Johor Darul Ta’zim untuk mendahului dengan dua jaringan oleh Bergson Da Silva.

Sudah tentu dengan jaringan itu ia merentap sedikit semangat pemain-pemain Sang Saka Biru namun anak didik Azzmi Aziz tidak patah semangat sebaliknya cuba bangkit untuk mempertahankan pintu gol mereka dari terus dibolosi dengan jaringan yang besar tetapi sekali lagi mereka gagal untuk menyekat kepantasan dan kelicikan Akhyar Rashid yang dijatuhkan didalam kawasan penalti dan memudah Leandro Velazquez menyempurnakan jaringan ketiga Harimau Selatan.

Tetapi yang menarik perhatian penulis tentang posisi yang dimainkan Akhyar pada pusingan kedua Piala FA itu semalam, dimana dia banyak berada di kawasan pemain penyerang. Sebagaimana yang kita semua tahu Akhyar merupakan pemain sayap yang sering melakukan larian pantas dan gemar melakukan mengelecek di kawasan pertahanan lawan dalam situasi satu lawan satu. Walaupun baru pertama kali diletakkan di bahagia depan dia dapat bergandingan dengan baik bersama Bergson. Itu dibuktikan melalui dua jaringan penalti yang dimiliki Harimau Selatan itu yang berpunca daripada Akhyar apabila beliau dikasari didalam kawasan penalti PDRM.

Sementara itu kebijaksanaan Arif Aiman dalam membuat keputusan tepat dalam melakukan hantaran semakin kemas. Lihat sahaja bagaimana jaringan pertama hantarannya yang berjaya dijaringkan Bergson, setelah dirinya berada dalam berada didalam kawasan penalti sebelah kiri Sang Saka Biru. Arif membuat keputusan melakukan hantaran ke bahagian ‘far post’ setelah melihat kedudukkan penjaga gol PDRM di bahagian ‘near post’ kerana situasi itu penjaga gol hanya menutup pintu gol bahagian depan sahaja.

Secara keseluruhannya dua pemain muda ini iaitu Akhyar dan Arif telah mempamirkan prestasi yang konsisten sepanjang perlawanan walaupun Akhyar jarang diturunkan oleh Scolari sebagaimana pemain utama namum pemain ini telah membalasnya dengan aksi yang cemerlang. Dua umpanan daripada beliau telah berjaya membawa dua jaringan melalui penalti yang dijaringkan Bergson dan Leandro Valazquez.Sikap yang positif ditonjolkan Akhyar harus di beri pujian kerana beliau sentiasa akan memberikan yang terbaik serta membalas kepercayaan jurulatih dengan lakaran kemenangan dengan catatan selalu penjaring atau pengumpan. Dengan prestasi yang konsisten setiap perlawanan itu yang membuatkan pemain kelahiran Kedah itu terus cemerlang.