Kejayaan Sweden menundukkan Itali 1-0 dalam aksi play-off kelayakan Piala Dunia yang membenarkan mereka kembali beraksi dalam kejohanan bola sepak terbesar dunia itu di Russia tahun depan selepas kali terakhir melayakkan diri pada edisi 2006, mungkin dilihat sebagai peluang buat bintang veteran, Zlatan Ibrahimovic, untuk kembali daripada persaraan dan menyarung jersi skuad kebangsaannya.
"Zlatanera" {kata kerja} -- untuk menguasai
Sentuhan penyudah yang dimiliki Ibrahimovic bakal berguna buat Sweden di Russia nanti. Walaupun skuad bimbingan Janne Andersson itu berjaya meledak 26 gol dalam saingan kelayakan -- hanya Portugal, Sepanyol, Jerman, Belgium dan Poland yang berjaya menjaringkan lebih banyak gol -- ia merupakan satu pencapaian bahawa Sweden benar-benar bersedia menghadapi saingan kali ini.
Bagaimanapun, saingan di Russia semestinya berbeza dan pengalaman Ibrahimovic sangat berguna buat mereka menghadapi tentangan daripada barisan pertahanan terbaik dunia, terutama sekali dalam pusingan kalah mati. Kualiti yang dimiliki seseorang individu mampu menjadi pengubah keputusan perlawanan.
Walaupun Ibrahimovic terpaksa berehat panjang selepas mengalami kecederaan lutut ketika beraksi bersama Manchester United dalam aksi suku akhir Liga Europa (UEL) bertemu Anderlecht pada April lalu, ia bukanlah penamat buatnya.
Selepas tamat musim 2016-17, Ibrahimovic merupakan pemain yang paling rajin menjalankan proses pemulihan bagi memastikan dirinya dapat kembali beraksi dan dijangka akan menyertai skuad United sebelum penamat tahun 2017. Semangat yang dimilikinya bakal menjadi pendorong untuk skuad Sweden menempuhi cabaran di Russia.
Jika Ibrahimovic mengambil keputusan untuk menamatkan kariernya tahun depan, Piala Dunia adalah pentas terbaik untuk mengakhiri perjalanan yang penuh dengan magis yang tidak pernah membosankan peminat sukan ini. Dengan ketiadaan Gianluigi Buffon (Itali), Alexis Sanchez (Chile), Gareth Bale (Wales) dan Arjen Robben (Belanda), kehadirannya amat diperlukan.
Jika Sebastian Larsson dibenarkan beraksi, mengapa tidak untuk Ibrahimovic?
Piala Dunia MASIH perlukan Zlatan.

On this day, 5 yrs ago, Zlatan Ibrahimovic single handedly destroyed England. And scored the goal of the millennium? pic.twitter.com/BujdiW5qru
— Ashish Jha (@DareToZlaataan) November 14, 2017