Kerancakan perlumbaan MotoGP musim 2019 pastinya akan lebih meriah apabila buat julung kalinya syarikat petroleum negara, Petronas menjadi penaja utama bagi pasukan sulung Malaysia dalam kelas MotoGP.
Keputusan pasukan Tech 3 yang memutuskan untuk bersama KTM setelah 20 tahun menjalin kerjasama bersama Yamaha membuka jalan buat Petronas SIC Racing Team (SRT) membentuk satu pasukan baru bagi saingan musim depan.
Selepas diberi peluang untuk menaja pasukan baru MotoGP satelit Yamaha, Petronas tidak teragak-agak untuk mengambil kesempatan itu dan ingin mencontohi kejayaan yang telah dinikmati dalam Formula 1 bersama Mercedes.
Petronas dengan kerjasama Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akan menggunakan jentera Yamaha, YZR-M1, yang merupakan jentera spesifikasi -A seperti yang digunakan Valentino Rossi dan Maverick Vinales.
Ia menunjukkan keyakinan Yamaha terhadap pasukan yang dirintis oleh Dato Razlan Razali dengan slot pelumba akan diisi Franco Morbidelli dan Fabio Quartararo.
Morbidelli yang baru dinobatkan sebagai Muka Baru Tahunan Terbaik musim ini dijangka akan menjadi pencabar kepada pelumba- pelumba lain.
Manakala, Quartararo pula adalah pelumba yang baru diangkat ke kelas perdana musim depan selepas beraksi dalam kelas Moto2 sebelum ini.
Pengurus pasukan, Wilco Zeelenberg, yang ditugaskan mengendali pasukan Petronas SRT itu sangat teruja untuk memulakan musim pertama mereka dalam saingan MotoGP.
“Kami bekerja keras untuk memastikan impian pasukan ini menjadi realiti.
"Dari segi teknikal, saya rasa kami memiliki jentera satelit terbaik dan mampu memudahkan saya untuk membuat keputusan," katanya.
Tambah Zeelenberg, ketika ini mereka mempunyai sebuah pasukan yang mempunyai pengalaman terbaik dan bermotivasi tinggi untuk melakukan persiapan menjelang perlumbaan musim 2019 nanti.