Skip to main content

Rencana

Permulaan yang meyakinkan

faizal121017.jpg
Langkah kanan dimulakan oleh pasukan hoki Malaysia dalam Hero Piala Asia 2017 yang sedang berlangsung di Dhaka, Bangladesh.

Malaysia membenam China 7-1 dalam perlawanan pertama mereka, hari ini. Ini adalah pertemuan ketiga pada tahun ini di antara kedua-dua pasukan. 

Dalam Liga Hoki Dunia di Dhaka, pada perlawanan akhir, Malaysia menang menerusi penalti 'shoot out' selepas seri 2-2. Selepas itu, dalam Liga Hoki Dunia 3 di London, Malaysia menang 5-1 pada perlawanan peringkat kumpulan.

Gol-gol menewaskan China telah dijaringkan oleh Faisal Saari tiga gol, Tengku Ahmad Tajuddin dua gol, Shahril Saabah satu gol dan Ramadhan Rosli satu gol.

Secara keseluruhan setiap bahagian bermain dengan baik walaupun agak lambat "settle down" di dalam permainan pada suku pertama. 

Yang paling menggembirakan adalah enam daripada tujuh gol telah dihasilkan menerusi gol padang. 

Daripada tujuh pukulan sudut penalti diterima, hanya satu berjaya dijaringkan. Pasti penyudahan pukulan sudut penalti antara aspek yang cuba diperbaiki oleh Stephen Van Huizen menjelang perlawanan kedua nanti. 

Lebih-Lebih lagi Amin Rahim, bekas pakar pukulan sudut penalti dan penolong jurulatih skuad pembangunan, telah diberi tugas utama dalam membantu di bahagian pukulan Sudut penalti. 

Dua pemain muda yang disenaraikan dalam Piala Asia ini, Amirul Aideed Arshad dan Syed Syafiq Syed Cholan, berpeluang beraksi menimba pengalaman tetapi mereka harus meningkatkan lagi tahap prestasi dan keyakinan mereka. 

Mungkin hari ini kita menang walaupun prestasi mereka sedikit tidak berapa meyakinkan. Tetapi di perlawanan-perlawanan penentuan nanti prestasi yang menyakinkan akan ditagih daripada semua pemain termasuklah pemain di bangku simpanan untuk memastikan semua bahagian mantap bagi memenangi perlawanan. 

Mereka harus menggunakan perlawanan peringkat kumpulan ini untuk mendapatkan keyakinan dan harus "settle down" dengan cepat.

Bagaimanapun, inilah keputusan yang diharapkan daripada pasukan negara dalam perlawanan pertama kerana sasaran utama dalam perlawanan peringkat kumpulan adalah untuk berada dua pasukan teratas.

Ia kerana dua pasukan teratas dalam setiap kumpulan akan layak ke kumpulan X sebelum menukar sasaran untuk layak ke perlawanan akhir. 

Selepas ini, pasukan negara akan turun menentang Korea Selatan sebelum Oman pada perlawanan terakhir nanti.

Kemenangan ini juga pasti mengurangkan sedikit tekanan dalam misi untuk berada di kedudukan dua pasukan teratas Kumpulan B.

Tidak dilupakan tahniah kepada Faizal yang berjaya mencipta hatrik dan dipilih sebagai Pemain Terbaik Perlawanan.

Ayuh Malaysia Ku!

Advertisement

Must Watch Video