Perang psikologi antara empat pasukan yang akan bersaing di peringkat separuh akhir pertama Piala Malaysia hujung minggu ini sudah bermula.
Kenyataan-kenyataan keyakinan tentang kekuatan pasukan bimbingan mereka oleh ketua jurulatih keempat-empat pasukan iaitu Kedah, Pahang, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor mula bergema di setiap dada-dada akhbar media cetak dan elektronik.
Ini mengambarkan bahawa setiap pasukan itu telah bersedia daripada segi mental dan fizikal, menunjukan tanda positif bahawa saingan peringkat separuh akhir akan menjadi satu medan pertempuran yang sengit. Ada dalam kalangan pemerhati dan pencinta bola sepak negara sudah meramalkan dua pasukan yang akan berentap dalam aksi akhir tahun ini, ia membabitkan pasukan Johor DT dan Pahang.
Namun, bagi penulis saingan separuh akhir Piala Malaysia kali ini menarik untuk dilihat kerana keempat-empat pasukan ini mempunyai kekuatan tersendiri dan begitu seimbang daripada segi kualiti pemain mereka.
Melihat daripada segi prestasi kedudukan dalam carta Liga Super 2019 pasukan yang melepasi separuh akhir Piala Malaysia ini adalah merupakan pasukan empat terbaik dalam kedudukan carta liga dan yang akan membezakan nanti pasukan mana yang bakal mencipta kemenangan adalah dari segi konsintensi dan fokus pemain dalam permainan. Jika ada kesilapan individu dilakukan ia akan memberi kelebihan kepada pihak lawan.
Kepada penyokong pasukan tuan rumah dalam perlawanan pertama separuh akhir itu, jangan biarkan setiap ruang stadium kosong kerana pertemuan ini akan menjadi satu pertembungan yang epik dan akan diingati dalam benak sanubari kerana keempat-empat pasukan ini ingin bukti siapa yang patut menjulang Piala Malaysia 2019?
Kredit foto: Selangor Kini