Selepas berbulan-bulan media menimbulkan spekulasi sementara berlaku ketirisan mengenai keputusan pemenang, Luka Modric akhirnya diangkat sebagai pemenang Ballon d'Or 2018.
Dia telah mengecap kejayaan yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pemain dalam tempoh 10 tahun sejak Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi mendominasinya sejak 2008.
Kejayaan ini telah berjaya mengetepikan usaha pemain-pemain seperti Andres Iniesta, Xavi, Wesley Sneijder, Iker Casillas, Frank Ribery, Wayne Rooney dan ramai lagi yang berusaha untuk bersaing tetapi sentiasa dibayangi oleh dua bintang itu yang memiliki kebolehan yang tidak mampu ditandingi mana-mana pemain.
Ini merupakan tahun terbaik buat Modric, menjulang gelaran Liga Juara-Juara (UCL) buat kali ketiga bersama Real Madrid di samping mara ke final Piala Dunia FIFA bersama Croatia tetapi kecundang di tangan Perancis. Berdasarkan pencapaian individu, dia telah dinobat sebagai Pemain Terbaik FIFA 2018 dan memenangi anugerah Bola Emas dalam saingan Piala Dunia.
Sejak 10 tahun lalu, sudah menjadi kebiasaan buat semua peminat bola sepak dunia untuk menyaksikan pemain yang paling banyak menjaringkan gol bakal memenangi Ballon d'Or tetapi Modric menawarkan sesuatu yang berbeza. Kebolehannya mengawal rentak permainan dan menjadikan setiap gerakan di atas padang bagaikan satu seni. Tanpa menjaringkan gol, dia telah mampu membuktikan kebolehannya.
Tanpa menyentuh bola, dia mampu menghasilkan gerakan. Permainan mudah menjadi asas pemain tengah Croatia itu untuk memastikan persembahan yang konsisten dalam setiap perlawanan.
Apa yang dipamerkan oleh Modric tidak boleh dinilai melalui statistik. Semangat kesukanan serta dedikasi yang dipamerkan buat pasukannya telah mencorakkan kejayaan Los Blancos dalam saingan Eropah sejak tiga tahun lalu.
Penghijrahan Ronaldo ke Juventus dan masa yang diperlukan untuk menyesuaikan diri telah memberikan impak kepada peluangnya dan Messi pula mengharungi kempen yang mengecewakan bersama Argentina di Russia.
Mungkin terdapat pihak yang menganggap kemenangan Modric adalah satu kesilapan tetapi dia telah mampamerkan persembahan yang konsisten sepanjang tahun ini jika dibandingkan dengan pemain-pemain lain dan ia seharusnya diraikan selepas bertahun-tahun anugerah ini didominasi oleh dua legenda yang masih lagi beraksi -- tidak mustahil buat Ronaldo dan Messi akan kembali berusaha gigih bagi merebut gelaran tersebut pada tahun-tahun akan datang.