Ini adalah kerana banyak nama nama besar sama ada dari segi pemain mahupun jurulatih yang pernah mengendalikan pasukan di Liga Super, kini berada di Liga Perdana.
Jika dilihat, banyak nama nama besar membimbing pasukan di liga perdana antaranya bekas jurulatih kebangsaan, Dollah Salleh yang kini bersama Perlis, Ismail Zakaria bersama Kuala Lumpur, Benjamin Mora Mendivil mengendalikan JDT II ditambah pula dengan kehadiran otai otai seperti Mat Zan Mat Aris yang mengendalikan Melaka United dan juga E. Elavarasan yang membimbing Selangor PKNS, ini tentunya bakal menjadikan saingan liga perdana bertambah hebat.
Dari segi kualiti pemain pula, walaupun beraksi di Liga Perdana, kualiti individu yang ada dilihat tidak jauh berbeza dengan mereka yang beraksi di Liga Super. Manakan tidak, ada diantara pemain yang pernah mewakili Malaysia seperti Afif Amiruddin, Afiq Azmi, Shahurain Abu Samah , Thamil Arasu dan Nasriq Baharom turut memilih untuk beraksi bersama pasukan di Liga Perdana.
Awang-awang import pula yang dulunya pernah merangkul kejuaraan bersama pasukan di Liga Super turut beraksi di Liga Perdana seperti Obinna Nwaneri, Edward Junior Wilson, Paulo Rangel dan Mario Karlovic.
Jadi secara holistiknya, saingan Liga Perdana dilihat hampir sama kompetitifnya dengan Liga Super, dimana pasukan seperti Perlis, Selangor PKNS, JDT II,Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka United yang dibarisi pemain pemain berpengalaman dilihat mampu memberikan saingan.
Mengharungi 22 perlawanan sepanjang musim amat memerlukan kekuatan mental dan psikologi setiap pemain yang beraksi dan justeru itu, amat penting bagi setiap pasukan untuk mempunyai beberapa pemain berpengalaman bagi mengekalkan momentum pasukan.