Skip to main content

Rencana

Penerjun negara: Terjun kolam @ ‘terjun bangunan’ ?

25717terjun2.jpg
Bermula daripada sukan yang bersih tanpa sebarang isu dan kontroversi, penerjun negara kini lebih dikenali dengan masalah disiplin melebihi pencapaian negara di peringkat tertinggi.

Siapa yang tidak terkejut melihat perkembangan terkini skuad elit ini yang semakin ‘daring’ dengan hal yang tidak sepatutnya berlaku ketika mereka merupakan ikon negara yang di sanjung pelbagai lapisan masyarakat.

Dakwaan bekas penerjun negara, Bryan Nickson Lomas, isu berfoya-foya tidak pernah ada dalam kamus penerjun negara ketika era kejurulatihan Yang Zhuliang seakan-akan tamparan hebat buat pengurusan Institut Sukan Negara (ISN) dan Program Podium.

Jika isu rogol membabitkan bekas jurulatih sokongan, Huang Qiang, ke atas salah seorang penerjun negara pada September 2017 membawa kepada pemecatan Zhuliang ketika itu, adakah tindakan yang sama akan di kenakan kepada pemangku jurulatih terjun negara Zhang Yukun atas alasan tidak cakna dengan aktiviti atlet ketika kem latihan di luar negara ?

Di tambah dengan persediaan ke Sukan Asia Jakarta/Palembang yang hanya berbaki kurang dua bulan, isu yang melanda mereka ketika ini menjarakkan lagi sasaran negara untuk mengutip kilauan pingat terutama daripada skuad elit ini.

Pengarah Program Podium, Tim Newenham, sendiri sudah menyatakan kesediaan untuk menimbang semula penyertaan mereka ke Sukan Asia yang secara jelas menafikan peluang untuk penerjun negara tebus silap mereka dalam masa terdekat.

Ada dakwaan penerjun negara semakin bersikap ‘diva’ ekoran perhatian yang diberikan pelbagai pihak membuatkan segelintir daripada mereka lupa diri dengan tugas hakiki yang perlu diutamakan selain meletakkan disiplin sebagai keperluan No.2 untuk atlit profesional seperti mereka.

Benar juga kata-kata yang di luahkan penerjun lelaki negara Chew Yiwei dalam media sosial Instagram ‘ kerana nila setitik rosak susu sebelanga’ selepas berlangsung sidang media pada Khamis.

Punah segala kredibiliti yang dibina sukan terjun negara sejak sedekad lalu, yang ada hanyalah janji daripada atlit terlibat yang hanya mampu tebus kesalahan yang di akukan menerusi prestasi di peringkat tertinggi selepas ini.

Semoga berjaya.

 

Advertisement

Must Watch Video