Sebahagian besar pasukan Liga Super dan Perdana ketika ini masih belum memastikan barisan pemain serta ada juga yang belum memastikan jurulatih musim depan tetapi tidak buat juara tujuh kali Liga Super, Johor Darul Takzim (JDT), yang sudah memastikan senarai akhir skuad mereka menjelang musim 2021.
JDT tampak tidak melakukan perubahan besar dalam pasukan menghadapi saingan musim depan, selain Safawi Rasid yang dipinjamkan ke Portimonense dan Diogo Luis Santo yang kembali berhijrah ke Liga Satu Thailand, Harimau Selatan mengekalkan khidmat kesemua pemain musim ini.
Dua muka baru yang sah menyertai JDT musim depan ialah pemain tengah Felda United, Daniel Amier Norhisham, dan penyerang kelahiran Brazil yang berpangkalan di Mexico, Camilo da Silva Sanvezzo. Selain dua pemain ini, beberapa pemain muda dari JDTII juga akan dibawa masuk.
Bagi penulis, JDT tampak berhemah dalam berbelanja menghadapi musim depan dan penulis percaya pemilik kelab, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mengutamakan keharmonian dan kestabilan pasukan ketika ini.
Benjamin Mora juga tampak sudah melakukan tugas dengan baik selaku ketua jurulatih dan ia tidak mengejutkan jika kontraknya dilanjutkan memandangkan pemain juga tampak kian serasi dengannya.
Penulis menjangkakan Camilo akan memberi impak besar buat JDT musim depan jika dilihat kepada rekod dan pengalamannya sebelum ini, selain Mexico penyerang berusia 32 tahun itu pernah beraksi di Liga Bola Sepak Utama (MLS) bersama Vancouver White Caps dan juga Gyeongnam di saingan Liga K.
Penulis berasa pengalaman Camilo di Korea juga mampu membantu JDT apabila bersaing di saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL), sebelum ini Diogo turut mempunyai pengalaman di ACL sebelum menyertai kelab selatan tanah air itu.
Di sini kita dapat lihat kecenderungan pengurusan JDT dalam mengambil seorang penyerang import, keutamaan tampak diberi kepada mereka yang turut mempunyai pengalaman di saingan elit bola sepak Asia.
Penulis juga berasa tindakan pengurusan JDT menaik taraf padang Stadium Sultan Ibrahim pada hujung musim ini sebagai satu tindakan yang baik, ia membolehkan kualiti rumput di stadium tersebut kekal di tahap terbaik untuk saingan musim depan.
Dengan isu pandamik Covid-19 masih belum terlerai, sememangnya setiap pasukan wajar merancang dengan baik perbelanjaan mereka untuk menghadapi saingan musim depan.
Meskipun berbelanja dengan berhemah dan tidak banyak pertukaran pemain, penulis percaya barisan pemain JDT masih cukup ampuh untuk saingan musim depan. Perlu diingat kelab itu turut dilengkapi dengan pusat latihan bersama prasarana yang cukup sempurna di Padang Seri Gelam berbanding pasukan lain.
Kerana itu ia penting buat setiap pasukan Liga M untuk tidak hanya berbelanja besar dalam mendapatkan pemain baru, tetapi juga untuk memastikan pasukan mempunyai prasarana yang lengkap dan jika boleh setanding JDT.