Tanggal 26 Januari lalu, dunia sukan antarabangsa dikejutkan dengan laporan kematian bintang bola keranjang NBA, Kobe Bryant dalam nahas helikopter di Calabasas, California.
Lebih memilukan adalah nahas tersebut turut mengorbankan anaknya, Gianna Bryant, 13 tahun bersama tujuh penumpang yang lain.
Secara jujur, penulis bukan peminat tegar sukan bola keranjang kerana lebih meminati bola sepak namun, ia adalah sukan Amerika kegemaran penulis berbanding besbol dan American Football.
Tidak dinafikan, Bryant bersama-sama dengan Micheal Jordan dan Le Bron James adalah pemain yang paling penulis minati.
Bagi penulis, pemergian Bryant bukan saja satu kehilangan buat sukan bola keranjang tetapi, ia juga kehilangan buat seluruh warga sukan dunia.
Kita dapat lihat ucapan takziah di laman sosial Instagram, Facebook dan Twitter beberapa atlit sukan lain yang ternyata mengkagumi Bryant.
Neymar, Novak Djokovic, Mo Salah serta jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei turut melontar kata-kata takziah buat keluarga Bryant dan bagaimana pemain yang berasal dari Philedelphia itu memberi inspirasi kepada mereka.
Bryant pernah menghabiskan masa membesar di Itali di zaman mudanya dan merupakan peminat setia AC Milan dalam saingan Serie A.
Kelab gergasi Itali itu turut mengenang legenda bola keranjang itu dengan memakai lilitan hitam untuk aksi Serie A berdepan Torino baru-baru ini, meskipun penganjur liga tidak memberi kebenaran buat mereka berbuat demikian.
Dalam karier profesional selama 20 tahun sebelum bersara pada 2016, Bryant setia mengerah kudrat bersama LA Lakers dengan pelbagai kejayaan diraihnya termasuk lima kali juara NBA serta dua kali meraih emas Sukan Olimpik buat Amerika Syarikat pada 2008 Beijing dan 2012 London.
Ternyata Bryant yang turut digelar 'Mamba' mewarnai dunia sukan antarabangsa dan kelibatnya dalam sukan bola keranjang turut memberi inspirasi kepada atlit sukan lain.
Tidak salah jika kita menggelarkan Bryant sebagai ikon sukan dunia dan kehilangannya, pasti akan dirasai.