Skip to main content

Rencana

Peluang kedua selalu ada

jon-jones.jpg
"Call me a good person, a bad person. Call me a hypocrite, call me what you want. I know I am a bad dude. The baddest dude with the biggest heart."-Jon Jones

Bagi peminat-peminat sukan tarung, sudah pasti mata tertumpu ke arah Kejohanan UFC 232 yang melibatkan Jon Jones dan Alexander Gustafsson. Jon Jones melabelkan kisah beliau yang membuat penampilan kembali ke gelanggang sebagai berita yang ditunggu-tunggu rakyat Amerika Syarikat (AS) setelah 17 bulan tidak beraksi.

Jones yang dihimpit pelbagai kontroversi kali terakhir ditarik balik gelaran ‘light-heavyweight’ kerana didapati positif dadah dalam saingan UFC 214 pada Julai 2017.

Kini, pemain yang berusia 31 tahun itu kembali dan berdepan dengan musuh–musuh lamanya, dan akan bertemu Gustafson untuk kali kedua selepas pasangan itu bertemu dalam perlawanan yang dilabel sebagai salah satu pertarungan yang terbaik dalam sejarah UFC pada 2013. 

Jones telah memenangi pertarungan sengit tersebut selepas diputuskan melalui persetujuan bersama oleh pihak juri dan berakhir dengan kedua-dua peserta cedera dan dihantar ke hospital untuk dirawat. 

Jones berkata dia kurang bersedia dalam perlawanan terdahulu dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan yang sama lagi, manakala Gustafson percaya dia telah meningkatkan prestasi ke tahap terbaiknya dalam tempoh lima tahun ini.
 
Jon ‘Bones’ Jones kembali dalam saingan UFC mengalahkan Alexander Gustafson dan menang gelaran ‘light heavyweight’, kemudian mencabar musuh seterunya, Daniel Cormier, untuk perlawanan kali ketiga pada 2019. 

Jones membesar dalam keluarga yang aktif berkecimpung dalam sukan dimana dua dari abangnya merupakan pemain profesional bola sepak Amerika yang bermain dalam saingan NFL (National Football League). Namun, ibunya meninggal dunia tahun lalu setelah bertarung dengan penyakit kencing manis.

Selain dari kes doping, Jones juga dikaitkan dengan kes langgar lari yang mencalar nama beliau dan menyebabkan peminat menjauhkan diri. Namun, beliau bersyukur di atas sokongan dari mereka diluar sana yang masih yakin dengan kemampuan beliau.

Selepas kemenangan ke atas Gustafson, Jones terus menyatakan hasratnya mencabar seteru lamanya Cormier

Advertisement

Must Watch Video