'Saya cipta tarian ini sendiri’ — Itu pengakuan santai individu di sebalik Tarian Perahu ‘Aura Farming’ yang menjadi fenomena dunia, Rayyan Arkan Dikha, turut dikenali sebagai ‘The Reaper’.
Saya pasti ramai yang sudah menonton video yang tular di platform media sosial menyaksikan seorang figura muda lelaki berasal Indonesia, yang baru berumur 11 tahun dan berpakaian Teluk Belanga disulami dengan kain kepala Malay Riau — pakaian tradisional tersebut turut digayakan dengan cermin mata hitam.
Ada yang merasakan ini adalah cara seseorang untuk membina karisma atau daya tarikan tersendiri. Tapi dalam pemahaman yang lebih mudah, ia dinamakan ‘rizz’ sesuatu perkara dilakukan dianggap 'cool'.
Lebih menarik ia merupakan debut Dikha dalam perlumbaan perahu Pacu Jalur.
Tugasannya itu juga dikenali sebagai Togak Luan -— penari di hujung perahu yang berperanan menyemarakkan semangat kru di atas perahu.
Dan perlu diingat, mengekalkan keseimbangan sebagai penari yang berperanan menyuntik semangat kepada pasukan pendayung Pacu Jalur bukanlah tugas yang mudah. Mungkin inilah sebabnya mengapa kanak-kanak dipilih berbanding orang dewasa lebih keseimbangan di hujung perahu yang sempit dan sentiasa bergerak.
Dengan gerakan yang santai, bergaya dan mudah diikuti, tarian ini kini menjadi ikutan global.
Nama-nama besar dalam dunia sukan seperti pemain American Football Travis Kelce, pemandu Formula 1 Alex Albon, dan seluruh pasukan bola sepak Paris Saint-Germain juga menyahut cabaran trend ini. Terbaru, Marc Marquez turut tidak ketinggalan.
Kecil atau besar, kejayaan individu ini membuktikan bahawa kreativiti dan keyakinan boleh lahir dari mana-mana sahaja — walaupun dari hujung sebuah perahu di kampung. Kini, dia bukan sahaja mencipta trend, tetapi juga menginspirasi jutaan orang di seluruh dunia untuk menari dengan penuh gaya, dan tarian perlumbaan perahu itu juga telah menjadikan Rayyan Arkan Dikha sensasi di persada dunia!