BOLA sepak ejen penyatuan.
Bola sepak membina ukhwah.
Bola sepak membina sahsiah.
Namun akhir-akhir ini, perang psikologi dan tuduhan-tuduhan liar serta artikel bersifat provokatif dalam laman sosial mengancam usaha melestarikan bola sepak tempatan dari sudut insaniah.
Kecenderungan sesetengah laman media sosial rasmi persatuan dan kelab-kelab tertentu menggunakan platform itu untuk memperleceh pihak lain adalah tidak wajar.
Mungkin ramai tidak tahu ketika ini dunia persekolahan berdepan cabaran kes buli alam maya yang dibawa ke dunia sebenar. Jadi tidak mustahil elemen negatif ini menular ke dalam dunia sukan pula.
Perkembangan dunia hari ini mengingatkan perbualan penulis dengan Claude Le Roy, jurulatih kebangsaan 1994-1995.
Dalam menghirup kopi sambil berbincang bola sepak tempatan dan antarabangsa untuk dimuatkan dalam kolumnya sempena penerbitan majalah Piala Dunia 1994 terbitan Berita Harian, Le Roy berkongsi kata-kata pujangga kelahiran Algeria, Albert Camus.
“Apa yang saya faham mengenai tanggungjawab manusia dan moral, saya pelajarinya daripada sukan (bola sepak).”
Kata-kata ini boleh ditafsirkan menerusi pelbagai sudut.
Dari sudut positif, kita boleh belajar mengenai tanggungjawab dan adab daripada sukan. Namun sukan dan bola sepak boleh juga mendedahkan kepincangan jiwa penggiatnya.
Sebab itu bola sepak kekal dibelenggu kisah salah guna kuasa, rasuah dan gejala mengatur perlawanan.
Di tengah-tengah kekalutan yang memberi kuasa untuk setiap peminat meluahkan perasaan, penulis menghulurkan simpati buat kapten JDT dan skuad kebangsaan, Safiq Rahim.
Safiq yang penulis kenali seawal remajanya adalah seorang individu yang menghormati orang lain.
Mengikuti persembahannya selaku pemain tengah berusia 14 tahun apabila Selangor tewas 3-0 kepada Pahang dan 3-2 di tangan Johor pada kejohanan bola sepak kebangsaan Bawah 15 tahun pada Februari 2001, Safiq sentiasa menjadi tumpuan disebabkan bakatnya sebagai seorang perancang tengah.
Safiq bersama pasangan kembar Aidil Zafuan dan Zaquan Adha Abdul Radzak menjadi tiga anggota termuda dalam skuad Bawah 20 tahun yang beraksi dalam Kejohanan Asia AFC pada September 2004.
Apabila disenaraikan ke dalam skuad ke Sukan Asia di Doha pada 2006, Safiq bijak mengambil kesempatan dengan kerajinan mengirim hantaran yang membuka ruang kepada Samransak Kram dan Azlan Ismail serta Khyril Muhymeen Zambri.
Sesudah dikecam gara-gara kad merah yang dilayangkan ketika menentang Hong Kong dalam pra-Piala Asia bulan lalu, Safiq tidak henti-henti berdepan kutukan. Amarahnya memuncak sehingga mengeluarkan kata-kata kurang enak sejurus membantu JDT merangkul Piala Malaysia Sabtu lalu.
Sebagaimana kita harus memaafkan pengadil yang jujur jika melakukan kesilapan dalam membuat keputusan sekelip mata, Safiq juga harus dimaafkan. Kita move on.
Bagi JDT pula, tentunya mereka sudah meletakkan penanda aras yang tinggi untuk mereka sendiri.
Sebagai pasukan yang tiada tandingan di pentas tempatan dan sudah menjulang Piala AFC, tentunya penyokong bola sepak negara mengimpikan wakil yang cemerlang dalam Piala Juara-juara Asia!
Liga Super dan Piala Malaysia bukan lagi padang permainan JDT.
Bagi bola sepak Malaysia pula, opera sabun yang diilhamkan penggiatnya, masih terus dipentaskan.
Foto kredit: Facebook Johor Southern Tigers