“Malaysia tewaskan Korea Selatan.”
Itulah tajuk utama kebanyakan akhbar dan media arus perdana tempatan selepas kejayaan skuad B-23 negara menewaskan Korea 2-1 di Sukan Asia 2018 Indonesia pada Jumaat.
Mungkin kali terakhir media Malaysia mengeluarkan tajuk seperti itu adalah ketika skuad senior kebangsaan menewaskan Korea Selatan 1-0 dalam aksi kelayakan Piala Dunia 1986 di Stadium Merdeka pada 1985, di mana Dollah Salleh muncul wira selaku penjaring gol.
Namun, itulah kebenarannya kali ini, skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee benar-benar menewaskan Korea yang turut diperkuatkan dengan bintang Piala Dunia mereka, Son Heung Min.
Bagi penulis, Kim Swee seorang jurulatih yang luar biasa dan jelas terbukti, kegagalan yang pernah dilaluinya bersama B23 dan skuad senior sebelum ini hanya mematangkan lagi dirinya sebagai seorang jurulatih.
Empat tahun lalu, penulis berada di Incheon untuk liputan Bola Sepak Sukan Asia dan ternyata skuad ketika itu tidak seampuh barisan kali ini.
Berdasarkan pemerhatian penulis, pendekatan Kim Swee menggunakan formasi 3-4-3 banyak membantu peningkatan pasukan.
Setiap pemain yang pernah bermain di bawah Kim Swee, tahu menyesuaikan diri dengan sistem latihan dan juga ketika beraksi walaupun tempoh persiapan singkat.
Tidak dinafikan, generasi pemain dalam skuad Kim Swee kali ini juga cukup berkualiti.
Namun, untuk membentuk acuan yang betul memerlukan kepakaran si jurulatih dan kerana itu Kim Swee juga berhak mendapat pujian.
Sebelum ini, memang terdapat beberapa pemerhati yang sangsi dengan beberapa pemain muda yang berhijrah ke Johor Darul Ta'zim (JDT) kerana berasa mereka akan hanya duduk di bangku pemain simpanan.
Penulis akui turut berpandangan seperti itu sebelum ini.
Namun, dalam beberapa tugasan skuad B-23 kita dapat lihat peningkatan beberapa pemain muda yang berada di JDT.
Apabila pemain-pemain JDT ini sudah ke tahap lebih tinggi, ia akan turut memberi perangsang kepada pemain-pemain lain bersaing lebih kuat dengan mereka dalam skuad negara untuk perebutan tempat.
Safawi Rasid adalah antaranya, bekas pemain T-Team ini sudah banyak meningkat sejak ke Johor DT musim lalu.
Malah dia adalah penjaring gol utama JDT juga musim ini.
Memang benar, Safawi tidak beraksi dalam kesebelasan utama JDT dalam setiap perlawanan tetapi tetap memberi impak positif apabila masuk sebagai pemain gantian.
Situasi itu jelas membuatkan Safawi sentiasa dikelilingi persekitaran kompetitif di kelabnya yang turut mematanngkan dirinya apabila bersama skuad B-23 atau senior negara.
Memang dia bukan anak jati Johor di JDT, tetapi prasarana dan kemudahan terbaik kelab itu serta suasana kompetitif dlaam pasukan membantunya meningkatkan permainan ke aras lebih tinggi.
Tidak salah juga jika penulis mengucapkan teruma kasih kepada pemilik kelab JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim kerana melepaskan pemain JDT dan JDTII bersama skuad negara ke Sukan Asia.
Mungkin ramai peminat tidak jelas, Sukan Asia bukan tugasan skuad senior yang berada dalam kalendar FIFA.
Oleh itu, JDT boleh saja memilih untuk tidak melepaskan pemain-pemain mereka seperti yang dilakukan Pahang yang tidak melepaskan Matt Davis dan Nor Azam Azih.
Penulis berharap agar skuad B-23 negara selepas ini akan terus mara sejauh yang mampu dalam saingan Sukan Asia Indonesia.
Selepas ini, fokus perlu terarah kepada kelayakan AFC B23 tahun depan, yang juga kelayakan Olimpik Tokyo 2020.
Jika peningkatan terus dijelmakan, penulis percaya tidak mustahil penantian selama 38 tahun ke pentas Olimpik mampu ditamatkan Kim Swee dan anak-anak buahnya.