Ramai penyokong Vietnam yang tidak berpuas hati dengan keadaan di Stadium Nasional Bukit Jalil bagi aksi final pertama Piala Suzuki AFF, Selasa lalu - menimbulkan persoalan apakah jumlah tiket yang dijual melebihi tempat duduk yang disediakan.
Perkara ini ada benarnya, penulis sendiri menyaksikan sebahagian tempat duduk VIP dan media terpaksa diberikan kepada penyokong Vietnam yang bersesak di kawasan yang telah dikhaskan buat mereka. Malah ketika itu, masih ada yang menanti di pintu pagar untuk masuk ke kawasan sama.
Cuma bagi penulis, tidak timbul isu mengabaikan keperluan penyokong lawan kerana masalah sama turut dialami penyokong Malaysia yang tiba sedikit lewat ke stadium pada hari perlawanan.
Ada juga penyokong Harimau Malaya yang menganggap ia sudah menjadi satu kebiasaan - siapa yang datang lambat, bersedialah untuk berdiri atau memanjat tembok bagi mendapatkan pemandangan menarik dari padang - lebih lagi, ia membabitkan aksi penting seperti final.
Situasi ini juga tidak hanya berlaku di Stadium Nasional Bukit Jalil, malah ketika Stadium Shah Alam menjadi lokasi separuh akhir kejohanan ini pada 2014, pernah dilaporkan kapasiti stadium yang sesak.
Acap kali jalan penyelesaian ditagih - Ada pihak menyuarakan sistem tempat duduk bernombor perlu dilaksanakan. Ada juga yang kekal dengan tempat duduk terbuka tetapi mahu pihak berkuasa membanteras 'ulat tiket'.
Gejala 'ulat tiket' ini bukan baharu di Malaysia, malah ia turut dipraktikkan pada penganjuran acara hiburan seperti konsert dan sebagainya - keuntungan dikatakan boleh melebihi dua kali ganda.
Golongan ini bertindak seperti usahawan yang memberi pilihan kepada mereka yang terdesak untuk mendapatkan sesuatu - ada juga 'win win situation' disitu.
Nak jadi 'ulat tiket' bukan mudah - golongan ini juga meletakkan usaha dengan beratur panjang, bersengkang mata untuk mendapatkan tiket yang akan dijual semula. Sama kisah dengan 'personal shopper' yang ambil untung cuma ia sudah terlebih dahulu ditempah oleh kakak-kakak yang memiliki koleksi tudung berjenama seperti Duck.
Yang tak okay apabila ada kerjasama diantara petugas di pintu masuk yang tidak mengoyakkan tiket kerana ia akan dijual semula kepada 'ulat tiket' yang menanti diluar stadium.
Penulis sendiri tidak tahu berapa keuntungan 'ulat tiket' kategori ini. Paling untung adalah individu yang tidak koyakkan tiket tadi. Dia cuma penat berdiri dan lebih berisiko ditangkap pihak berkuasa.
Diharapkan penyokong Harimau Malaya yang ke Hanoi tidak menjadi mangsa. Agak-agaknya dalam cuaca sejuk disana, banyak ke 'ulat tiket' yang membiak?. 'Ulat tiket' kategori apa pula yang terdapat disana ya.