Skip to main content

Rencana

No doping no drugs

20817naurajsingh.jpg
'In the name of all competitors I promise that we shall take part in the 29th South East Asean games, respecting & abiding, by the rules which govern them, committing ourselves to the sport, without doping & drugs in the true spirit of sportsmanship, for the glory of sport & the honour of our teams'

Bait 'without doping & drugs' dalam ikrar yang di baca atlit lompat tinggi negara Nauraj Singh dalam upacara gemilang pembukaan Sukan Sea 2017 di Stadium Bukit Jalil pada Sabtu tarik perhatian penulis.

Bukan sekadar janji pamer aksi terbaik malah ia janji membabitkan isu yang sering muncul saban tahun yang menjadi duri dalam daging kepada prestasi sebenar atlIt sehingga timbul keputusan drastik, apabila ada dalam kalangan mereka menyepi dan meninggalkan lapangan sukan yang di ceburi sebaik terlibat dengan isu ini.

Ini perkara serius.

Sukan Sea tidak pernah lekang dengan isu doping, lihat saja apa yang berlaku kepada atlit olahraga, Mohd Yunus Lasalleh dari kuartet 4x400 meter dan atlit angkat berat 105 kilogram negara Firdaus Abdul Razak, ekoran positif bahan terlarang emas dan gangsa yang di peroleh dalam Sukan Sea Indonesia/Palembang 2011 terpaksa di lucutkan serta merta.

Gema laungan ikrar Nauraj di Stadium Nasional Bukit Jalil adalah kemuncak kepada amaran awal yang dikeluarkan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin sebelum saingan Sukan Sea di Singpaura 2015 lagi.

Atlit negara dalam saingan sukan sea 2 tahun lalu bebas tanpa sebarang penyalahgunaan bahan terlarang dan perkara itu mahu dikekalkan apatah lagi penganjuran kali ini menampilkan Malaysia selaku pasukan tuan rumah.

Janji atlit melalui bacaan ikrar pada upacara malam pembukaan secara tidak langsung ia menjadi janji kepada 32 juta populasi rakyat Malaysia yang mengharapkan aksi terbaik atlit negara yang turut pegang amanah untuk menjaga maruah negara.

Advertisement

Must Watch Video