Skip to main content

Advertisement

Rencana

Nicol sayang media Malaysia

nicol-david.jpg
Datuk Nicol David berada di Kuala Lumpur untuk meraikan sokongan pihak media di Malaysia dalam kejayaannya selama 20 tahun. 

Catat rekod dunia muncul pemain skuasy nombor 1 dunia paling lama, lebih dari 9 tahun, serta rangkul kejuaraan dunia 8 kali, Nicol akui komuniti media sukan di Malaysia memainkan peranan penting dalam menyampaikan dan mengulas turun naik kariernya dalam dunia skuasy kepada masyarakat Malaysia. 

Nicol tampil buat kali pertama di tanahair setelah membuat pengumuman rasmi persaraannya yang disiarkan oleh Astro Arena bulan lalu, tampak gembira dan sedikit kurus namun tetap berotot dalam sesi istimewa bersama media di salah sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur semalam. 

Jun 2019 akan menjadi bulan terakhir buat ‘Duracell Bunny’ digelar pemain skuasy elit negara, berkongsi kepada pihak media kenapa dia mengambil keputusan untuk bersara, perancangan akan datang dan meluahkan ucapan ribuan terima kasih kepada pihak media yang sentiasa mengikut perkembangannya walaupun dia sentiasa berpangkalan dan beraksi di luar negara. 

Atlet kelahiran Pulau Pinang yang kini berusia 35 tahun, akui  samada laporan media itu positif atau tidak senang dibaca/didengari, ia menjadi pemangkin semangat untuk dia lebih berjaya, juga platform penting dalam memberi maklumat tentang dirinya yang dijadikan inspirasi kepada semua. 

Kedua-dua ibu bapanya, Desmond David dan Ann Marie David turut berada di lokasi, menyatakan mereka amat bangga dengan kejayaan Nicol dan merestui keputusan anak bongsu mereka untuk bersara dan sudah tiba masa untuk mengalihkan fokus kepada perancangan baru iaitu menjadi duta kepada Persatuan Skuasy Profesional (PSA), membangunkan Yayasan Nicol David dan aktif sebagai penceramah serta menulis artikel untuk berkongsi perjalanannya sebagai atlet skuasy malaysia yang disegani dan dihormati di serata dunia.

Meluangkan masa lebih 2 jam bersama pihak media, saya sendiri berpeluang menemubual Nicol untuk laporan istimewa yang anda dapat saksikan di Nadi@1, Astro Arena yang disiarkan setiap Sabtu. 

Bagi Nicol, dia sayang media Malaysia dan lebih-lebih lagi dia sayang Malaysia. 

Advertisement

Must Watch Video