Skip to main content

Rencana

Ngauman mencengkam harimau wanita

29817hokiwanitamalaysia_2.jpg
Diundi dalam satu kumpulan bersama jaguhan hoki pasukan India di samping China dan Singapura, pasukan hoki wanita kebangsaan mengekalkan kedudukan kelima Asia selepas penentuan tempat kelima dan keenam Hoki Piala Asia 2017 yang bertempat di Kakamigahara, Jepun minggu lalu.

Sebelum mereka terbang ke bumi matahari terbit itu tempoh hari, Astro Arena sempat bertanyakan kepada wakil hoki wanita akan sasaran mereka ketika turun beraksi pada kali ini.

Dengan tidak meletakkan sasaran terlalu tinggi, namun pasukan ini menyedari bahawa Kejohanan Hoki Piala Asia ini merupakan peluang terakhir untuk mereka melangkah ke saingan Piala Dunia jikalau pasukan ini menjuarai kejohanan.

Apapun hari ini, Intan sekali lagi berpeluang bersama dengan wakil pasukan hoki wanita kebangsaan iaitu pemain bahagian pertahanan, Juliani Mohamad Din dan Raja Nor Sharina, bagi berkongsi pengalaman mereka di Kejohanan Hoki Piala Asia lalu.

Berada di kedudukan ke lima Asia dengan 495 mata di bawah pasukan Jepun dengan 975 mata, Sharina berpendapat, pasukan hoki kebangsaan perlu merencanakan lebih banyak perlawanan di peringkat antarabangsa bagi memperbaiki kedudukan ranking dalam masa terdekat ini.

Juliani juga menambah, skuad kebangsaan mempunyai barisan pemain yang baik sebagai satu pasukan namun perlu ada penelitian yang lebih di bahagian serangan untuk menambah lebih banyak jaringan terutama ketika bertemu pasukan hebat antarabangsa. 

The Tigress juga perlu menitikberatkan focus dan stamina terutamanya dalam suku yang ketiga dan keempat.

Selepas ini, mereka akan berehat daripada gelanggang nasional kerana memberi tumpuan kepada kelab masing-masing dalam saingan Piala Tun Abd Razak yang akan dimulakan pada 18 November ini bagi saingan wanita.

Ditanya tentang momentum yang dibawa dari Piala Asia, masing-masing berpendapat akan menggunakan sebaik mungkin pengalaman yang diperolehi untuk dikongsi bersama rakan-rakan tanah air.

Di samping itu, Piala Tun Abd Razak saingan lelaki telahpun sampai ke peringkat separuh akhir yang berlangsung pada 11 November ini jam 6 petang dan 8 malam. Untuk menyaksikannya secara langsung, anda boleh saksikan menerusi saluran Astro Go.

 

Advertisement

Must Watch Video