Skip to main content

Rencana

Nations Cup: Misi pasukan bola jaring Malaysia tidak pulang tangan kosong

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bola-jaring-malaysia-2025-vs-kenya.jpg
Selepas tewas kepada tuan rumah Singapura dalam aksi separuh akhir dengan keputusan 39-68 semalam, skuad bola jaring negara kini ada satu lagi peluang untuk memburu tempat ketiga di Singlife Nations Cup 2025 yang berlangsung di OCBC Arena hari ini.

Pada awalnya Malaysia bermula dengan momentum yang baik ketika berdepan tuan rumah semalam, hanya ketinggalan tiga mata dalam suku pertama. Namun jurang yang dibiarkan tiga suku selepas itu menyebabkan peluang untuk kembali bangkit terlalu sukar.




Untuk aksi terkahir, Malaysia akan bertemu Papua New Guinea (PNG) dalam penentuan tempat ketiga dan keempat.


Bukan sekadar perlawanan penutup, tapi peluang untuk menebus kekecewaan tewas dengan jurang yang besar kepada Singapura, sekali gus tidak pulang dengan tangan kosong.

Untuk rekod, Malaysia sudah pun berdepan Papua New Guinea (PNG) sebelum ini dalam aksi kumpulan—tewas tipis 53–56, jadi ini merupakan peluang terbaik untuk memperbaiki corak permainan berbanding aksi awal. Misi menang dalam aski terkahir ini sangat lah penting bagi memastikan kita naik ke podium, sekaligus mengekalkan moral yang baik menjelang SEA Games Thailand 2025.
Puma

PUMA SALE: Up to 50% Off

Dapatkan kasut, pakaian, dan aksesori Puma kegemaran korang dengan diskaun hebat 11.11 ini. Jangan tunggu lama — stok terhad!


Grab Cepat

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video