Pekikan “Super Frankie Lampard” semakin lantang kedengaran di Stamford Bridge akhir-akhir ini.
Frank Lampard mengakhiri penantian untuk meraih kemenangan sulung di Stamford Bridge dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) selaku pengurus, Sabtu lalu, hingga ramai yang tidak lagi mengingati Maurizio Sarri mengendalikan pasukan itu musim lalu.
Legenda The Blues itu sebelumnya harus bersabar dengan dua keputusan seri dan satu kekalahan di halaman sendiri sejak menyertai kelab itu daripada Derby County pada akhir musim lalu.
Kejayaan membelasah Grimsby 7-1 di hadapan penyokong sendiri dalam Piala EFL pertengahan minggu lalu, sekadar membuka selera mereka untuk mengulanginya buat julung kali dalam EPL, untuk Brighton dijadikan ratahan dalam kemenangan 2-0 ihsan jaringan Jorginho dan Willian.
Keseluruhannya, kemenangan ketiga itu dalam EPL musim ini adalah habuan kerja keras mereka yang menepati kepercayaan Lampard bahawa The Blues mampu mencabar kesudahan dalam kelompok empat teratas pada Mei tahun depan.

Namun, seperti ditampilkan SkySports, adunan pemain muda dan lama dalam kesebelasan Chelsea bukanlah tiada cacat-cela tapi apa yang penting ialah penyokong sudah mula meyakini kemampuan mereka untuk meniti di landasan yang diharapkan.
Sebagai permulaan, penyokong sudah mula teruja dengan Lampard di sebalik kelab itu berjurang besar 10 mata dengan pendahulu, Liverpool.
Suasana sekeliling juga sudah berubah dengan drastik daripada musim lalu apabila kaedah yang diperkenalkan Sarri mendapat cemuhan penyokong.
Tiga mata pertama di gelanggang sendiri Sabtu lalu dianggap titik kebangkitan. Malah, lebih penting lagi, terbitnya satu perasaan bahawa Chelsea sudah memiliki hala tuju yang jelas.
Barangkali juga larangan pembelian pemain baru yang dikenakan ke atas kelab milik Roman Abramovic itu membawa hikmah tersendiri.
Minggu lalu, Lampard menampilkan 10 bakat muda daripada akademi dalam skuad 18 pemain untuk berdepan Grimsby Town. Seterusnya ketika mendepani Brighton, tujuh daripada pemain berkenaan dikekalkan dalam senarai.
Sebagai rangsangan lanjut, The Blues mencatat rekod tanpa bolos buat kali pertama dalam 10 perlawanan dalam semua kejohanan musim ini.

Sikap dan keberanian yang ditonjolkan Lampard jelas sekali adalah satu anjakan besar daripada pengurus-pengurus terdahulu dan kesannya, ia amat merangsangkan.
Pendedahan bakat-bakat muda dalam barisan Chelsea bukan sekadar untuk menampung kekosongan, sebaliknya mereka ditampilkan kerana cukup bagus untuk dipertaruhkan.
Nama-nama seperti Tammy Abraham – dengan tujuh gol liga setakat ini – dan Mason Mount telah pun meraih hak mereka. Ditambah kehadiran Callum Hudson-Odoi serta Christian Pulisic – baru berusia 21 tahun bulan lalu – menghembuskan angin segar dalam pasukan.
Ia harus mengujakan bahawa 13 daripada 14 jaringan Chelsea dalam liga musim ini sama ada disudahkan atau dicipta graduan daripada akademi mereka.
Profil pasukan juga sudah bertukar dengan dramatik. Dalam setiap satu daripada lima musim terdahulu, purata usia kesebelasan permulaannya ialah lebih 27 tahun. Musim ini puratanya ialah sekitar 25 tahun di sebalik César Azpilicueta, N’Golo Kante, Marcos Alonso dan Jorginho, antaranya, menawarkan kestabilan.
Dalam pada iu, masih terdapat kekurangan dalam kalangan pemain muda. Masih berlaku kesilapan di sana-sini dan akan berlaku banyak lagi.
Cuma, penyokong semakin teruja dengan apa yang mereka saksikan untuk mereka membalasnya dengan sokongan tidak berbelah-bahagi.
Dan untuk itu, Lampard boleh berlapang dada selepas persembahan goyah pada awalnya.