Skip to main content

Rencana

Nama Aguero terpahat dalam sejarah City

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

81117aguero.jpg

SAAT Sergio Aguero menjaringkan gol pertamanya buat Manchester City, semua orang mengetahui pemain kebangsaan Argentina ini memiliki sentuhan magis. Hanya memerlukan lapan minit selepas dibawa masuk sebagai pemain gantian untuk menemui jaringan ketika menang 4-0 ke Swansea pada 2011, siapa yang menyangka ia merupakan permulaannya sebelum bergelar pemain terbaik The Citizens.

Menyertai City ketika berusia 23 tahun, Aguero ketika itu masihjauh daripada tahap terbaiknya. Bagaimanapun, ia tidak menghalangnya untuk dipilih sebagai penyerang tetap pasukan, sekaligus berjaya menghasilkan gandingan yang mantap bersama David Silva dan Samir Nasri ketika itu.

Advertisement

Dibawa masuk dari Atletico Madrid dengan nilai perpindahan sebanyak GBP38 juta (RM211 juta), Aguero membuktikan dia merupakan senjata yang berbisa buat skuad kendalian Roberto Mancini apabila meledak dua gol serta bantuan jaringan kepada Silva dalam perlawanan sulungnya.

City, yang kini di bawah kendalian Pep Guardiola, terus mempamerkan aksi memberangsangkan sejak permulaan musim. Kehadiran Gabriel Jesus musim lalu pada mulanya menggugat peluang Aguero sehingga terdapat spekulasi menyatakan dia bakal berhijrah, sebaliknya mempertingkatkan lagi kualiti permainan daripada satu perlawanan ke perlawanan.

Selepas menjaringkan gol ketiga City ketika meraih kemenangan 4-2 ke atas Napoli dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL), Aguero berjaya memahat namanya dalam sejarah pasukan itu apabila muncul sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman. Penyandang rekod tersebut, Eric Brook, menjaringkan 177 gol dalam 499 penampilan -- Aguero meledak 178 gol hanya dalam 264 penampilan.
 

Rekod jaringan yang diciptanya sangat luar biasa. Dengan masalah kecederaan yang sering dialami -- Aguero tidak pernah menghabiskan satu musim tanpa direhatkan untuk satu tempoh yang agak panjang. Bagaimanapun, ia jelas menunjukkan bahawa prinsip yang dipegang oleh Aguero bagi memastikan dia berada pada tahap terbaik dalam setiap perlawanan meletakkan dirinya dalam kalangan terbaik dunia.

Status bergelar sebagai legenda City telah diraihnya pada 2012. Aguero menghasilkan sesuatu yang mustahil dengan menjaringkan gol pada minit ke-93 bagi memastikan kemenangan 3-2 ke atas Queen's Park Rangers, sekaligus merampas gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) daripada Manchester United pada hari terakhir musim tersebut.
 



Mungkin City tidak memiliki ramai peminat tetapi peminat bola sepak sangat bertuah untuk dapat menyaksikan tahun-tahun terbaik Aguero. Dia ternyata memiliki kualiti untuk berada dalam kalangan penyerang yang berbisa di dunia.

Must Watch Video