Skip to main content

Rencana

Musim ini Ronaldo yang punya

cristianoronaldo-cropped_cnq273xosulp1qi56934gmn6u.jpg
aka tidak hairanlah Buffon menjadi sebab kepada kebanyakan pengikut yang melabel diri mereka sebagai neutral pada final Liga Juara- Juara Eropah 2017 untuk menyokong pasukan gergasi Itali itu.

Ada juga yang menyuarakan kejuaraan kali ini wajar diberikan kepada Juventus atas tiket kekecewaan Buffon yang sudah dua kali hampir menjulang trofi berprestij Eropah ini, namun akur gelaran juara milik AC Milan pada 2003 dan Barcelona pada 2015.

Ternyata tiket simpati atau kagum kepada pemain veteran berusia 39 tahun ini gagal menidakkan kenyataan bahawa Cristiano Ronaldo adalah bintang utama pada kempen kali ini.

Malah Buffon yang melepaskan 4 gol pada perlawanan yang disimpul sebagai menyeronokkan ini turut mengakui Real Madrid lebih layak untuk menang berdasarkan persembahan anak buah Zinedine Zidane di babak kedua.

Selepas jaringan pembukaannya dinafikan oleh antara gol terhebat di final Liga Juara-Juara dari penyerang Juventus, Mario Mandzukic, Ronaldo tetap berupaya kembali di babak kedua menerusi gol kedua peribadi untuk rekod 105 jaringan di Liga Juara-Juara dan memastikan Real Madrid muncul pasukan pertama yang menjulang trofi berprestij Eropah ini buat kali kedua berturut-turut selepas AC Milan melakukannya pada 1990.

Lebih mengujakan, Ronaldo terus membuktikan dia berada di kelas tersendiri dengan kemampuan memilih pentas untuk menyinar.

Mulut pengkritik yang menantikan dia tersungkur berjaya ditutup dengan pencapaian membanggakan, meledak sekurang-kurangnya dua gol ketika saingan menjadi semakin sengit sehinggalah ke pentas akhir. Perseteruan dengan pemain tonggak Barcelona, Lionel Messi juga memihak pemain antarabangsa Portugal ini, termasuklah anugerah kasut emas yang menjadi idaman mana-mana pemain.
 

Advertisement

Must Watch Video