Tiada siapa menyangka bahawa nilai rekod perpindahan GBP65 juta (RM341 juta) yang dibayar Liverpool untuk mendapatkan penjaga gol daripada AS Roma, Alisson, bulan lalu akan diubah hanya dalam tempoh sebulan.
Segala-galanya berubah apabila Chelsea yang baru menerima suntikan pengendali baru, Maurizio Sarri, membuat keputusan untuk membayar klausa perpindahan bernilai GBP71.6 juta (RM375 juta) yang termaktub dalam kontrak melibatkan Kepa Arrizabalaga dan Athletic Bilbao.
Tiada pilihan lain, Chelsea terpaksa mengaktifkan nilai tinggi klausa perpindahan Arrizabalaga itu untuk memastikan mereka menemui pengganti buat Thibaut Courtois yang berhijrah ke Real Madrid memandangkan jendela perpindahan yang akan tutup dalam masa beberapa jam lagi.

Apa yang menarik, perpindahan Arrizabalaga ke Stamford Bridge menampakkan kuasa veto yang masih dipegang pemilik kelab, Roman Abramovich, dalam soal mendapatkan pemain setelah Sarri sebelum ini mengesahkan dia langsung tidak mengetahui sebarang perbincangan melibatkan The Blues dan Bilbao walaupun pernah menyatakan kagum terhadap penjaga gol Sepanyol tersebut.
Pada usia 23 tahun, Arrizabalaga yang memiliki ketinggian 1.89 meter itu memulakan kariernya di kelab divisyen empat (Liga Tercera), Basconia, sebelum berhijrah ke Bilabo dan mula dipinjamkan ke Poferradina serta Real Valladolid untuk meraih lebih banyak pengalaman.
Dia kembali bersama Bilbao pada 2016 dan menjadi pilihan utama sewaktu skuad Los Leones berada dalam tahun terakhir di bawah kendalian pengurus Barcelona ketika ini, Ernesto Valverde.
"Arrizabalaga adalah seorang penjaga gol yang memiliki reaksi pantas, bijak membuat keputusan serta mempunyai tahap keyakinan yang tinggi, sekali gus membantu rakan sepasukan," ujar Valverde selepas menyaksikan penjaga gol muda itu membantu pasukannya melayakkan diri ke saingan Eropah pada musim tersebut.

Kenyataan Valverde itu sebenarnya bukan satu pendapat yang kosong.
Selain menyelamatkan dua daripada tiga sepakan penalti yang dihadapi pada musim lalu, dia telah menafikan 64 percubaan yang terhasil dari dalam kotak penalti, sekali gus berada di tangga ketiga dalam senarai keseluruhan penjaga gol dalam liga tertinggi Sepanyol.
Namun, antara cabaran yang perlu dihadapi pemain kelahiran Ondarroa itu adalah dia perlu menyesuaikan diri dengan corak permainan hantaran pendek yang sering diterjemahkan oleh Sarri di atas padang memandangkan Arrizabalaga mencatat 368 hantaran jauh yang tepat pada musim 2017/18, sekali gus mengutip jumlah tertinggi buat seorang penjaga gol dalam LaLiga.

Selain itu, dia juga menggalas harapan besar di Stamford Bridge memandangkan Courtois tidak pernah melakukan kesilapan mudah dalam 35 penampilan musim lalu sehingga melepaskan jaringan tetapi Arrizabalaga melepaskan dua gol yang tidak wajar berlaku.
Kini, perhatian pastinya terarah kepada kelibat Arrizabalaga berbekalkan tanda harga yang dipegangnya ketika ini. Kontrak tujuh tahun yang diberikan kepadanya sudah pasti perlu dibalas dengan prestasi yang sepadan dengan pelaburan yang dilakukan The Blues.