Manchester United yang diaibkan Everton 4-0 di Goodison Park pada Ahad tanggal 21 April 2019 adalah United ketika dihujung era Jose Mourinho.
United yang disuntik dengan keterujaan dan keghairahan persis zaman Sir Alex Ferguson dibawah Ole Gunnar Solskjaer masih di Paris meraikan kebangkitan semula menentang PSG tujuh Mac lalu.
Tamat "Fantasia Bulan Madu" United dibawah kendalian Solskjaer, terserlah betapa kritikan Mourinho ke atas bintang United sebelum ini ada asasnya.
Dasar Mourinho yang lantang mengkritik pemain secara terbuka membangkitkan rasa kurang senang daripada peminat yang terlalu taksub dengan personaliti bintang kesayangan mereka.
Bayangkan betapa berbeza kesudahannya jika Sir Alex individu yang menangani ego pemain seperti Paul Pogba yang disebut sebagai dalang utama kejatuhan Mourinho.
Mungkin ada sebabnya juga mengapa Sir Alex merelakan pemergian Pogba ke Juventus sewaktu pemenang Piala Dunia 2018 itu masih di usia muda.
Pada penghujung hari, prestasi pemain yang menentukan nasib seorang jurulatih atau pengurus apatah lagi buat individu yang mudah dibenci seperti Mourinho.
Tetapi Solskjaer adalah entiti yang berbeza. Dia bukan bekas pengurus kelab seteru, dia adalah legenda ikonik.
Atas dasar itu saya percaya penyokong akan memberikan sandaran luar biasa kepada Solskjaer berbanding yang diterima Mourinho pada ketika pemain mula memberontak.
Malah kuasa pemain untuk menidakkan pengurus, jikalau ada sentimen itu ketika ini di Old Trafford tidak akan berhasil menentang Solskjaer.
Pasca perlawanan United 0-4 Everton menerusi Ole Gunnar Solskjaer :
"Saya akan berjaya di sini, tetapi tidak buat segelintir pemain".
Kenyataan yang pedas, tetapi yang membawa erti besar kepada permulaan revolusi yang dinantikan penyokong setia United.
Sehingga musim depan yang mungkin menyaksikan United tidak layak beraksi di Liga Juara-Juara Eropah, nikmatilah Mourinho United.