Nama Jose Mourinho sememangnya terkenal dengan perwatakan seorang pengurus yang sering mempunyai salah faham dengan pemain atau pihak pengurusan.
Dia berdepan masalah dengan Mario Balotelli sewaktu mengendalikan Inter Milan sambil Paul Pogba dikatakan sering menjadi sasarannya sewaktu bergelar pengurus Manchester United.
Namun, satu-satunya bintang bola sepak yang secara terbuka pernah mengakui sangat selesa dengan pendekatan pengurus dari Portugal itu adalah Zlatan Ibrahimovic.
Malah, memandangkan penyerang dari Sweden itu bakal bergelar ejen bebas pada Januari 2020, dia dikaitkan akan kembali bekerjasama dengan Mourinho selepas pengendali tersebut menandatangani kontrak bersama Tottenham Hotspur, minggu lalu.
Situasi itu membayangkan skrip sama seperti kisah perpindahan percuma Ibrahimovic ke United pada 2016 tetapi kali ini, Mourinho pantas memadamkan spekulasi berkenaan sambil menegaskan penyerang England, Harry Kane, sebagai faktor untuk dia tidak perlu mengejar khidmat mana-mana penggempur bertaraf dunia di Spurs.
"Kami mempunyai penyerang terbaik di England. Tidak masuk akal untuk mendapatkan dia (Ibrahimovic) jika kami sudah mempunyai Kane," kata Mourinho dalam Mail Online.
Mungkin selepas aksi pertama menguruskan Spurs berakhir dengan kemenangan setelah menewaskan West Ham 3-2 Sabtu lalu, Mourinho kini lebih yakin bahawa skuad yang dimiliki sudah cukup untuk menggalas tanggungjawab yang diberikan.
Namun, segalanya masih menjadi tanda tanya dan tidak mustahil Ibrahimovic akan menyarung jersi Spurs bagi musim 2019-20.