Skip to main content

Rencana

Mourinho tidak omong kosong

mou_1.jpg
Dalam satu temubualnya, Jose Mourinho pernah memberitahu bahawa mengakhiri saingan di tempat kedua bersama Manchester United merupakan salah satu pencapaian tertingginya. 

Mourinho dilantik sebagai pengurus United pada 2016 dan bersama pasukan selama dua setengah tahun sebelum dipecat ekoran tewas 3-1 kepada Liverpool.

"Saya bercakap mengenai soal kepimpinan berkaitan dengan struktur di dalam kelab. Ia bukan sahaja tentang kepimpinan, sebaliknya segala-galanya.

"Jadi, jika anda seorang pengurus dan anda berkuasa mendapatkan pemain-pemain yang anda kehendaki yang anda fikir perlu untuk memenangi sesuatu kejohanan, itu adalah satu perkara.

"Satu perkara yang lain ialah anda selaku pengurus tidak pun berkuasa untuk melakukannya,” kata Mourinho ketika bertindak selaku pengulas beIN SPORTS.

Dalam musim pertama membimbing The Red Devils, mereka mengakhiri saingan di tempat kedua tetapi memenangi Perisai Komuniti, Piala EFL dan mengatasi Ajax dalam final Liga Europa untuk layak secara automatik ke Liga Juara-Juara.

Dalam musim tersebut, dia telah mencapai objektif yang ditetapkan dan seperti biasa, ramai yang menjangkakan dia mampu menghadirkan lebih banyak kejayaan dalam musim kedua. United mengakhiri saingan EPL di tempat kedua sementara tewas kepada Chelsea dalam aksi final Piala FA.

Dua musim di bawah pimpinan Mourinho itu merupakan aksi di tahap terbaik dipamerkan oleh Manchester United pasca era Sir Alex Ferguson. Mourinho merupakan salah seorang pengurus terbaik dunia dan dia telah hampir memenangi setiap gelaran.

Apabila mengakui mengakhiri saingan di tempat kedua merupakan pencapaian terbaiknya bersama United, ramai yang mentertawakan pengendali kelahiran Portugal itu.

Bagaimana jika dia betul?

United menempuhi fasa yang sukar dalam musim ketiga di bawah Mourinho dan kekalahan kepada Liverpool adalah pengakhirannya. Ole Gunnar Solskjaer menggantikannya di Old Trafford dan kelab melihat seperti mereka sudah mendapat waris sebenar Ferguson.

Dia memenangi sebilangan besar perlawanan ketika dilantik sebagai pengendali sementara dan membawa United ke suku akhir Liga Juara-Juara buat kali pertama sejak 2013.

Segalanya berjalan lancar sehingga beliau dilantik sebagai pengurus tetap. Setiap pengurus memiliki tempoh berbulan madu bersama kelab sebelum mereka kembali ke realiti sebenar.

Sejak pelantikannya, United disingkir daripada Piala FA oleh Wolves, kemudian daripada UCL oleh Barcelona. Mereka turut tewas kepada Wolves, Arsenal, dan Everton dalam Liga Perdana Inggeris.

Mereka kini di tangga keenam liga dan memiliki peluang untuk mengakhiri saingan dalam kelompok empat terbaik tetapi mereka perlu mengatasi Manchester City dan Chelsea.

Solskjaer, bagaimanapun, tidak berselindung mengenai masalah yang dihadapi United -- semangat pemain yang merudum, skuad yang makin berusia, penantian dalam penghijrahan pemain serta bilik persalinan yang berbahagi.

Mourinho turut menghadapi perkara yang sama, namun kelab tidak membantu mereka mendapatkan pemain yang diinginkan, dan tahun ini mereka sekadar menandatangani Fred dan Diogo Dalot.

Sebaliknya, Liverpool dan Manchester City membentuk pasukan mengikut tetapan yang dilakukan oleh pengurus dan hasilnya adalah prestasi yang ditampilkan pasukan.

United menghadapi kesukaran dalam memastikan persembahan yang konsisten dan tugas sukar menanti Solskjaer musim depan.

Corak permainan Mourinho tidak sesuai dengan kelab tetapi tidak beraksi dengan pemain yang dia mahukan. Di atas segala masalah itu, ego Mourinho adalah sesuatu yang sukar untuk ditundukkan dan ia merupakan punca dia hilang kepercayaan barisan pemain.

Kita dapat melihat setiap apa yang dimaksudkan oleh Mourinho adalah benar mengenai kekurangan dalam skuad United dan keperluan lebih ramai pemain untuk bersaing mengejar gelaran pada masa akan datang.
 

Advertisement

Must Watch Video