Selama bertahun-tahun dalam karier pengurusan, Jose Mourinho semakin pintar untuk mendepani risiko pemecatan dengan menukarnya menjadi seni menghimpun kekayaan.
Dari Real Madrid ke Chelsea ke Manchester United, jurulatih Portugis itu telah meraih laba besar daripada pemecatan awalnya berbanding tempoh kontrak yang ditandatangani.
Satu lagi pemecatan bermakna satu lagi pampasan besar buatnya dan terlerainya ikatan bersama Manchester United semalam, menambah sehingga £22.5 juta (RM120 juta) dalam akaun bank pengurus berusia 55 tahun itu.
Mourinho, yang menandatangani kontrak baru bernilai kira-kira £12 juta (RM65 juta) setahun pada Januari lalu untuk mengekalkannya di Old Trafford sehingga musim panas 2020, sebelum ini pernah berseloroh kononnya United tidak akan tergamak memecatnya hanya kerana pampasan besar yang perlu dibayar.

Mourinho meninggalkan Hotel Lowry, Manchester selepas pemecatannya semalam
Namun, United yang berpendirian tiada seorang pun individu yang lebih besar daripada kelab berkenaan, tidak pun keberatan untuk berpisah dengan Mourinho yang dianggap “toksik” kepada kelab yang memiliki tradisi kegemilangan itu.
Sekejam mana sekalipun pemecatan berkenaan, rumusan yang dibuat ialah bersama Mourinho di kerusi pengendali pasukan, United jelas tiada masa depan.
Menurut sorotan yang dibuat akhbar The Independent UK, ia bukan sesuatu yang boleh dielakkannya, tambahan dengan pelbagai isu yang melanda kelab berkenaan – salah satunya ialah merudumnya kualiti pasukan yang berjurang 11 mata dengan Chelsea di tangga keempat dan 19 mata di belakang pendahulu, Liverpool.
Keduanya ialah permulaan terburuk pasukan selepas 17 perlawanan dalam tempoh 28 tahun dan harus yang paling tidak dapat dimaafkan ialah pembaziran £357 juta (RM1.9 bilion) Mourinho bagi mendapatkan pemain seperti Paul Pogba, Romelu Lukaku, Alexis Sanchez dan Fred yang tidak memberi banyak pulangan.
Barangkali Mourinho sudah dibuktikan tersilap dalam seloroh berkaitan pemecatannya itu tetapi ia juga bukan sesuatu yang akan digusarkannya.
Dengan pampasan sehingga £22.5 juta (RM120 juta) yang harus diterimanya, ia membawa kepada jumlah lebih £55 juta (RM292.4 juta) daripada bayaran pampasan semata-mata sepanjang dia memikul tanggungjawab dalam Liga Perdana Inggeris sejak 2004.
Pertama kali dipecat bersama Chelsea pada September 2007, Mourinho mengaut pampasan £10 juta - £20 juta (RM53 juta – 106 juta) dan ini disusuli £12.5 juta (RM66 juta) lagi ketika dipecat The Blues dalam tempoh keduanya selaku pengurus pada Disember 2015.
Tidak hairanlah Mourinho menghabiskan keseluruhan dua setengah tahunnya di United dengan mendiami sebuah ‘suite’ di Hotel Lowry, Manchester dan membayar sewa berjumlah £779,000 (RM4.12 juta) ketika meninggalkannya semalam.
Lain-lain pemecatan sensasi dengan pampasan besar:
David Moyes (Manchester United: 2014) £5 juta
Andre Villas-Boas (Chelsea: 2012) £12 juta
Andre Villas-Boas (Tottenham: 2013) £4 juta
Brendan Rodgers (Liverpool: 2015) £8 juta
Luiz Felipe Scolari (Chelsea: 2009) £13.6 juta
Fabio Capello (Russia: 2015) £13.4 juta
Rafael Benitez (Real Madrid: 2015) £4.5 juta
Roy Hodgson (Liverpool: 2011) £7.3 juta
Roberto Mancini (Manchester City: 2013) £7 juta
Arsene Wenger (Arsenal: Mei 2018) £11 juta