Segala-galanya serba tak kena di bahagian merah kota Manchester ketika ini yang menghampirkan Jose Mourinho dengan pemecatannya.
Selama berminggu-minggu, banyak pihak – daripada penyokong, bekas pemain hinggalah kepada penganalisis dan pengulas bola sepak – meramalkan tempohnya tidak akan bertahan lama buat pengurus Manchester United itu.
Musim ini menandakan yang ketiga buat pengurus Portugis itu di kerusi panas pengendali The Red Devils.
Jika disorot karier pengurusannya, maka bolehlah diandaikan dia akan meninggalkan Old Trafford musim ini dengan sengketa besar – bekas pemain, Lee Sharpe, meramalkan dia akan angkat kaki sebelum Krismas sambil beberapa yang lain menjangkakan ia mungkin secepat selepas perlawanan dengan Burnley di tempat lawan Ahad ini.
“Satu lagi kekalahan, maka akan tamatlah riwayat Jose Mourinho,” kata sesetengah pengulas televisyen.
Mourinho sebenarnya sudah lama menderitai “kehambaran musim ketiga” yang lazim membawa kepada pemergiannya dan kita mungkin sedang melihat ulang tayang babak yang sama sedang berlaku di United ketika ini.
Isu-isu yang mengaitkannya dengan sesetengah pemain dalam pasukan, isu-isunya dengan lembaga pengarah kelab yang enggan memenuhi permintaannya untuk pembelian beberapa lagi muka baru dan isu-isunya dalam menampilkan barisan United yang serba penakluk dan menghiburkan – semuanya seakan-akan menjurus kepada Mourino untuk keluar atau dikeluarkan.
Didahului oleh kekalahan mengaibkan 2-3 kepada Brighton (19 Ogos) di gelanggang lawan dan kemudian diperbudakkan Totenham 0-3 (28 Ogos) di gelanggang sendiri, ia seakan-akan sudah tertulis bahawa Mourinho hanya dipisahkan oleh satu lagi kekalahan untuk diusir.
Keadaannya semakin jelas bahawa taktik Mourinho bukan saja makin membosankan, malah langsung tidak menjadi – namun komen-komen pedasnya membayangkan dia terlalu keras kepala untuk mendengar cakap sesiapa bagi melakukan perubahan.
Di sebalik apa pun alasan yang diberikannya mengenai stail permainan yang diterapkannya, penyokong United sendiri sebahagian besarnya tidak lagi mempercayainya.
Dibandingkan dengan arus pemodenan yang dibawa seterunya seperti Jurgen Klopp dan Pep Guardiola yang memperbaharui permainan Inggeris dengan menekan tinggi, Mourinho sebaliknya terus dengan corak bertahan “park the bus” sambil berharap untuk memenangi perlawanan dengan serangan balas.
Andai Louis Van Gaal sebelum dia ditakrif membosankan, maka Mourinho harus kini meloyakan.
“Hormat, hormat, (tolonglah) hormati,” bentaknya kepada wartawan mengenai tiga kejuaraan Liga Perdana Inggeris yang telah dimenanginya, dalam sidang akhbar selepas kekalahan kepada Spurs, Selasa lalu, sebelum dia bergegas keluar meninggalkan mereka.
Apa yang mungkin tidak diketahui atau mungkin enggan dipedulikannya ialah rakaman video itu turut menunjukkan semua wartawan berkenaan mentertawakannya.