Skip to main content

Rencana

Misteri Mimpi Syakilla

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

misteri-mimpi-syakilla.jpg
"Mana Syakila, Siapa Syakila? Aku pun tak tahu...."

Petikan lirik lagu dendangan kumpulan Wings itu sering menghantui peminat rock tanah air sejak kemunculan lagu ini menerusi album Hukum Karma yang diterbitkan pada 1988.


Lirik yang pada saya punya tanda tanya kepada apa yang sebenarnya membelenggu ratu karate negara Syakilla Salni waktu ini.

Sejak memenangi Emas Sukan Asia 2014 di Incheon Korea Selatan, nama Syakilla meniti di bibir peminat sukan tanah air sebagai seorang Ikon.

Apabila karate diumumkan sebagai salah satu disiplin bakal dipertandingkan di Olimpik Tokyo 2020, Syakilla diangkat sebagai prospek pingat emas kontinjen Malaysia.

Dalam laluan ke Tokyo 2020, Syakilla dan Karate Malaysia perlu melalui ujian di Jakarta Indonesia menerusi saingan Sukan Asia 2018.

Kegagalan mengulangi pencapaian sewaktu di Incheon 2014 menyerlahkan kemelut dalaman yang dilalui Syakilla.

Disebalik peranan sebagai Pembawa Jalur Gemilang, Syakilla dihimpit kontroversi disiplin serta isu berat badan sebelum, sewaktu dan selepas temasya itu.

Belenggu yang mengekori rapat Syakilla sehingga hari ini dalam usaha mencari semula identiti sebagai seorang jagoan.

2019 juga tidak kurang dalam menyumbang kepada saga yang makin mencalar imej serta reputasi Syakilla apabila gagal dalam pengembaraan "Come Back" di Amsterdam, Belanda.

Akan tetapi, dia tetap diberi sokongan padu oleh pemegang taruh sukan karate negara termasuk Kementerian Belia dan Sukan.

Jadi Syakilla Salni yang sebenar, siapa dan dimanakah anda?

Kerana Malaysia tahu, anda punya sesuatu yang luar biasa dalam diri anda, kemampuan untuk jelmakan Emas Olimpik Sulung buat Malaysia.

Advertisement

Must Watch Video