Skip to main content

Rencana

Misi menebus kehampaan 27 tahun

klopp-290617.jpg
Kali terakhir kejuaraan liga tertinggi England singgah di Anfield adalah pada tahun 1990.

Ketika itu, ia masih dikenali dengan nama Liga Divisyen Satu sebelum ditukar kepada Liga Perdana Inggeris (EPL) pada tahun 1992.

Sejak itu, Liverpool gagal mengulangi kejayaan yang diketuai oleh Kenny Dalglish serta John Barnes ketika itu.

27 tahun telah berlalu, kini Liverpool tampak serius untuk mengembalikan kegemilangan tersebut.

Kehadiran Mohamed Salah dari AS Roma baru-baru ini dilihat sebagai pelengkap jentera serangan selepas berjaya mendapatkan Sadio Mane dari Southampton pada musim lalu ketika pengendali, Jurgen Klopp, berusaha keras untuk membina barisan hadapan yang mantap.

Musim depan pastinya peminat The Kop mampu tersenyum lebar melihat gandingan Mane dan Salah bergandingan bersama Roberto Firmino dan Philippe Coutinho.

Ditambah dengan kehadiran pemain muda bernilai GBP3 juta dari Chelsea, Dominic Solanke, ia menguatkan lagi bukti Klopp tidak bercakap kosong dalam membina semula pasukannya walaupun tidak berbelanja besar.

Bagi penulis, masalah utama Liverpool bukanlah aspek serangan, sebaliknya benteng pertahanan yang sentiasa rapuh.

Dejan Lovren, Sami Hyypia, Daniel Agger serta Jamie Carragher, semuanya gagal mengilhamkan kekebalan benteng buat skuad Reds ketika zaman masing-masing, sekaligus membuatkan Kop terus kempunan untuk menjulang trofi EPL.





Jika dilihat rajah di atas, perbezaan yang jelas pada jumlah jaringan dan bolos dapat disaksikan di antara Liverpool dan pasukan juara dalam setiap musim.

Ia bukti kukuh barisan belakang dalam skuad The Kop amat memerlukan sentuhan ajaib jurulatih bagi memperkukuhkan benteng pertahanan mereka.

Klopp pastinya menggalas tugas besar untuk mengakhiri saingan liga musim depan di tangga teratas, terutama selepas berjaya membawa majikannya sebelum ini, Borussia Dortmund, meraih kejuaraan Bundesliga pada tahun 2011 dan 2012.

Penulis tidak sabar untuk melihat sejauh mana ketajaman rangkaian serangan Liverpool selepas ini.

Tidak dinafikan, anak-anak buah Klopp mampu menjadi pencabar utama kejuaraan liga selepas ini dan apa yang pasti, harapan peminat Anfield sudah tentu hanya satu, moga tidak 'tersungkur' di saat-saat akhir.
 

Advertisement

Must Watch Video