BERITA SUKAN AM
Minggu suram arena sukan tanah air
Bermula dengan prestasi hambar kem badminton kebangsaan yang gagal raih keputusan positif dalam kejohanan Terbuka Malaysia 2024, kekecewaan peminat sukan tanah air berpanjangan apabila skuad hoki lelaki dan wanita negara turut langkah kiri dalam kempen kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Skuad hoki wanita tewas dalam dua perlawanan awal Kumpulan B di Valencia selepas tunduk kepada tuan rumah, Sepanyol, 0-7 sebelum akur tewas 0-3 kepada Kanada.
Nasib sama turut menimpa kem hoki lelaki kendalian ketua jurulatih, Arul Selvaraj, yang terpaksa menelan hakikat dikecewakan China 2-3 meskipun menguasai sepanjang 60 minit perlawanan di Oman, sekaligus The Speedy Tigers memilih laluan sukar untuk menamatkan kemarau 24 tahun beraksi dalam Sukan Olimpik.
Iklan
Tidak cukup dengan itu, peminat terus sugul, kali ini giliran pasukan bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya, pula dikecewakan Jordan dalam perlawanan pembukaan Piala Asia 2023 Kumpulan E pada awal pagi tadi.
Diletakkan harapan menggunung sebelum perlawanan, segala-segalanya bagaikan tidak menjadi buat anak buah Kim Pan-gon itu, yang tampil lesu, terutama pada 45 minit pertama.
Bangkitlah wahai pejuang-pejuang sekalian… Usah mengalah… Ingatlah peribahasa pernah menyebut….
"Berjalan sampai ke batas, belayar sampai ke pulau…"
-- Sesuatu pekerjaan atau tindakan yang sudah dimulakan hendaklah diteruskan hingga sempurna maksudnya atau tercapai hasilnya.
Must-Watch Video