Nukilan kali ini mungkin tak penting tetapi Penulis tetap nak kongsi jugak.
Ayuh kita mula
Seminggu yang lalu Penulis berkesempatan berbual dengan seorang peminat tegar skuad Haria Penang Haria. Penulis namakan peminat ini Uncle Keneth berusia 50 tahun tidak pernah terlepas menyaksikan aksi skuad kesayangannya sama ada beraksi dilaman sendiri mahupun ditempat lawan bersama rombongan Penang Football Fans Club .
Terbaru babitkan pertemuan Terengganu II bertembung dengan Pulau Pinang.
Apa yang Penulis hendak utarakan bukan lah mengenai bolasepak tetapi keadaan fizikal segelintir ataupun banyak lagi diluar sana yang sudah "berumur" seperti Uncle Keneth yang sudah melewati angka 50 yang terus dan terus mengunjungi stadium walaupun kadang kala siap kena membebel dengan ahli keluarga.
Bayangkan "Away Game" perjalanan yang mungkin memakan masa hampir 8 jam.
Pasti anggota badan akan terasa lain.Namun disebabkan "minat gila" dengan bola, apa pun jadi.Penulis mula membayangkan keletihan dan macam macam lagi.
Maklumlah bila sudah berusia, semua mekanisme badan berjalan lebih perlahan berbanding waktu muda.
Tapi semua dek kerana Bola sepak
Jadi timbul satu idea yang Penulis ingin cadangkan kepada pihak yang mengendalikan liga Malaysia iaitu MFL.
Penulis tahu walau pun golongan 50an tidak boleh lagi ditakrifkan sebagai warga emas, tetapi Penulis ingin mencadangkan agar Malaysian Football League (MFL) mempertimbangkan satu pakej yang mana boleh memberi manfaat terutama dari aspek perjalanan kepada golongan ini..
Syarikat penerbangan, keretapi dan lain lain boleh beri diskaun untuk tiket perjalanan kepada warga emas, tak salah jikalau MFL cuba memperkembangkan lagi usahasama dengan syarikat syarikat penerbangan tersohor negara bagi memberi pakej istimewa untuk golongan 50 tahun dan ke atas yang membeli tiket perlawanan online agar dapat menikmati 15% sehingga 20% potongan tiket penerbangan ke destinasi yang mana perlawanan diadakan.Jika ianya berjaya ia boleh dikembangkan untuk semua atas nama penyokong bolasepak Malaysia.
Dalam zaman teknologi moden ini, sudah tentu ia bukan satu masalah dalam merealisasikan semua ini dalam bentuk aplikasi di telefon bimbit.Cuba dulu.Tak cuba tak tahu.
Maklumlah ada golongan 50an ke atas ini masih amat meminati dan mengikuti perkembangan bola sepak tempatan; kalau boleh, hendak bersama dengan golongan muda di stadium menyaksikan aksi-aksi pasukan kesayangan mereka, tidak kira dekat ataupun jauh. (tetapi tahap fizikal tidaklah sekuat seperti dahulu)
Jadi kepada MFL fikir fikir, renung renung tapi jangan lama sangat cadangan penulis selepas bersembang lama dengan Uncle Keneth.Tidak kisah jika MFL nak "COPY" tulisan ini dan dibawa ke mesyuarat orang orang besar nanti.
Sekian dulu dari Penulis
Ini Rumah Kita
Ini Liga Kita
Tanah Tumpah Darah Kita