Dialog sinis daripada iklan televisyen ini amat sesuai dikembalikan kepada pengurusan dan Lembaga Pengarah Liga Bolasepak Malaysia (MFL).
Persoalan ini menuntut jawapan demi khalayak terbanyak bola sepak Malaysia dan bukan didiamkan saja seperti dalam iklan berkenaan.
Apatah lagi, keputusan terbaru Lembaga Pengarah MFL berkaitan penyenaraian Perlis dalam Liga Perdana musim depan, bukan sekadar menyakitkan kepala, malah membingungkan.
Cukup untuk buku peraturan dan segala rekod amalan urus tadbir baik oleh badan pentadbir Liga Malaysia itu dilontarkan kembali kepada mereka.
Kepemimpinan Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) dan penyokong skuad Singa Utara itu pastinya tidak senang hati perkara ini dipertikaikan.
Ia boleh difahami dengan pasukan dikendalikan Manzoor Azwira Abd Wahid itu kini diperkuatkan antaranya pemenang Anugerah Puskas 2016, Faiz Subri, Amiridzwan Taj Tajuddin, Khyril Muhymeen Zambri, Badhri Radzi dan Safee Sali.
Namun, kejayaan Perlis dilonjakkan ke Liga Perdana di sebalik tidak pun tergolong dalam kelompok teratas kejohanan Liga FAM musim ini, ibarat mereka menjaringkan gol dengan satu sepakan jarak jauh dari titik sepak mula di tengah-tengah padang.
Satu ‘jaringan’ hebat, Perlis!
Tapi tanggungjawab MFL bukan hanya berkisar kepada Perlis semata-mata, sebaliknya kepada semua pasukan yang bercita-cita untuk mendaki setiap satu tingkatan dalam Liga Malaysia secara merit dan menepati syarat-syarat ditetapkan.
Sekadar menjuarai sesuatu pertandingan bawahan belum menjamin kenaikan sesebuah pasukan untuk ke Liga Perdana atau Liga Super jika pasukan berkenaan, antaranya, masih terhutang gaji dengan pemain atau jurulatih.
Itulah yang difahami daripada ketegasan dan ketelusan MFL daripada amalan masa lalunya yang memberikan gambaran bahawa mereka tidak akan berkompromi dalam soal pematuhan syarat dan peraturan.
Kelantan, Kuala Lumpur, Selangor dan PKNS FC di samping Kuantan dan UKM FC -- sekadar menamakan beberapa pasukan sebagai contoh -- turut tidak terhindar daripada ketegasan MFL dalam soal prinsip sebelum ini.
Rata-rata ketegasan MFL itu harus dipuji sebagai peringatan kepada semua pasukan yang bertanding agar tidak sesekali meremehkan syarat pertandingan, baik daripada segi pendaftaran pasukan hinggalah kepada tanggungjawab membayar gaji pemain pada waktunya.
Rasanya Kelantan dan UKM FC juga tiada kurangnya daripada segi diplomasi, pujuk-rayu serta kelembutan bertutur-kata untuk menagih belas-ihsan MFL jika hendak dibandingkan dengan Perlis yang bolehlah ditakrifkan pasukan kuda pencen.
Tapi, nanti dulu.
Perhatikan kenyataan MFL hari ini yang diringkaskan berbunyi: “Pasukan Tambahan ke Liga Premier 2019: Dengan penarikan diri Felcra FC untuk saingan unifi Liga Super 2019, serta promosi pasukan MIFA, maka satu lagi slot perlu diisi untuk Liga Premier 2019.
“Keputusan: Pasukan-pasukan yang bakal mengisi slot tambahan ini dari Piala FAM 2018 telah diberi peluang untuk memajukan dokumen-dokumen berkaitan untuk pertimbangan. Dokumen tersebut telah
dimajukan ke pihak MFL oleh FAM dan perhatian telah diberikan kepada viabiliti serta impak
pasukan pilihan untuk promosi ini dalam Liga Premier 2019 dan bagi keseluruhan Liga Malaysia.
“Setelah pertimbangan diberikan, Lembaga Pengarah MFL mengambil keputusan untuk mempromosikan pasukan Perlis FA ke Liga Premier Malaysia 2019 dengan beberapa syarat.
“Perjumpaan telah diadakan bersama Datuk Ahmad Amizal Shaifit, Presiden Perlis FA, di Wisma
FAM, di mana pihak MFL diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Kevin Ramalingam, dan pihak FAM diwakili Setiausaha Agung, Stuart Ramalingam.
“Pihak Perlis FA telah dimaklumkan bahawa promosi ini bersyarat bahawa pihak Perlis FA perlu menyelesaikan masalah tunggakan yang sedia ada.
“Harus diingat bahawa kepimpinan Perlis FA yang baru telah mengambil alih pengurusan tanpa pengetahuan atau rekod mengenai tunggakan ini. Rekod ini telah diberikan oleh pihak FAM baru-baru ini untuk perhatian kepimpinan Perlis FA yang baru dan dalam perjumpaan bersama semalam, Presiden Perlis FA sendiri telah memberikan kerjasama sepenuhnya dan memberi komitmen bahawa isu ini akan diselesaikan.
“Walau apapun, persetujuan bersama telah dicapai di mana agihan kewangan dari MFL kepada Perlis FA untuk musim 2019 akan ditahan oleh pihak MFL dan pihak Perlis FA diberi tempoh masa 60 hari untuk melangsaikan segala bayaran tertunggak.
“Jika Perlis FA gagal untuk melangsaikan hutang tersebut dalam tempoh masa yang ditetapkan, Perlis FA tidak akan menerima pengagihan dana dari MFL dan agihan ini akan digunakan untuk menyelesaikan tunggakan tersebut. Dengan cara ini, isu tunggakan gaji Perlis FA yang diwar-warkan kebelakangan ini, sudah pasti akan selesai.
“Sebagai usaha MFL untuk memastikan isu tunggakan diselesaikan dengan lebih efisien, tindakan untuk memegang/menahan pengagihan dana dari pasukan adalah amalan yang akan dilakukan dengan lebih meluas lagi jika mana-mana pasukan ada kes tunggakan bayaran yang sudah diputuskan oleh pihak FAM, NDRC, AFC atau FIFA,” kata kenyataan itu lagi.
Maksudnya, dengan Perlis kini diberi ihsan untuk layak ke Liga Perdana, ia bukanlah berdasarkan merit dan tidak juga bebas daripada menanggung tunggakan gaji.
Persoalannya, apakah isyarat yang cuba dihantar MFL kepada pasukan-pasukan lain? Apakah kelonggaran boleh diberikan kepada sesebuah pasukan yang mahu mereka berikan ‘talian hayat’ tapi tidak kepada yang lain?
Bukankah MFL selaku badan pentadbir Liga Malaysia bukan saja perlu adil tapi perlu juga dilihat berlaku adil kepada semua pasukan lain?
Tidakkah pasukan seperti Kelantan yang telah melakukan pelbagai usaha untuk kekal dalam Liga Super, berasa seperti ihsan dan peluang telah dinafikan daripadanya?
Apakah ini bukan satu duluan (precedent) berbahaya di pihak MFL yang boleh menjerut leher mereka pada masa depan?
Atau diplomasi, tolak-ansur dan perbuatan melenturkan badan mereka ke belakang, kini menjadi ‘mantra’ terbaru MFL?
Dan MFL boleh menerima bulat-bulat makluman kononnya kepimpinan Perlis FA yang baru telah mengambil alih pengurusan tanpa pengetahuan atau rekod mengenai tunggakan (yang diwarisi daripada kepimpinan terdahulu)?
Atau Perlis pula – di tangga kelima daripada tujuh pasukan Kumpulan B, Liga FAM dengan empat mata hasil satu menang, satu seri dan enam kali kalah serta bolos 14 gol dalam lapan perlawanan -- tidak kisah jika dibualkan masuk ke Liga Perdana dari pintu paling belakang?
Aduh, sekarang masanya saya benar-benar sakit kepala.