Luka Modric mungkin dijulang selaku yang terbaik tapi pada penghujung analisis sepanjang tahun ini, tiada yang dapat mengatasi Lionel Messi.
Messi, Cristiano Ronaldo dan Neymar Jr kesemuanya tersenarai dalam kelompok 10 teratas selaku pemain-pemain paling dominan dalam bola sepak dunia sepanjang 2018 seperti yang dipaparkan laman web Business Insider.
Anehnya, tiada pun nama Modric – pemenang Anugerah Bola Emas dalam Piala Dunia Russia dan Anugerah Pemain Terbaik Tahunan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Pada masa yang sama, Ronaldo yang mendabik dada selaku yang terbaik mengatasi pemain-pemain lain, sekadar menduduki tangga keenam dalam senarai.
Ranking dikeluarkan Business Insider itu yang diasaskan kepada laman web statistik Whoscored.com mengambil kira prestasi terkini pemain berkenaan daripada enam liga terbesar, termasuk Liga Perdana Inggeris (EPL), La Liga, Serie A, Ligue 1, Bundesliga dan tidak terkecuali Liga Utama Amerika Syarikat (MLS).
Berbanding undian bagi menentukan pemenang Anugerah Pemain Terbaik FIFA dan Ballon d’Or, umpamanya, Whoscored.com memutuskan raking pemain berdasarkan posisi mereka – tampanan, pintasan dan terjahan untuk pemain pertahanan, jumlah hantaran dan hantaran terlaksana buat pemain tengah serta ciptaan gol, percubaan ke sasaran dan jaringan bagi penyerang.
Dengan mengambil kira semua itu, setiap seorang pemain dalam ranking ini diberikan pemarkahan untuk prestasi semasa, dengan pemain-pemain terbaik meraih purata 7.46 mata daripada 10.
Ranking Whoscored.com itu mengambil kira prestasi terkini dan memberi kredit kepada keupayaan konsisten untuk mendominasi tanpa mengira liga negara mana seseorang pemain itu bermain.
Pada analisis akhirnya, Whoscored.com memberi markah tertinggi 8.52 kepada Messi dengan justifikasi berikut: “Lionel Messi bermain bola sepak seolah-olah bola itu melekat pada butnya. Dia membuat seni menggelecek lebih sempurna untuk memperdaya pemain lawan sebelum menyudahkan jaringan dengan keindahan. Ia harus amat sukar untuk menjaringkan sembilan gol dan membuat lima bantuan jaringan dalam LaLiga tapi pemain berusia 31 tahun ini telah mendominasi Liga Juara-Juara dengan catatan markah 10 secara berturut-turut. Messi, seperti yang sentiasa dipamerkannya, sukar dibendung.”
Menyusul di tangga kedua dengan 8.42 mata ialah Neymar Jr., salah seorang karakter paling berlawanan dalam bola sepak seperti diungkapkan oleh laman statistik itu:
“Penonton global boleh terpukau oleh Neymar ketika beraksi di pentas tertinggi tapi aksinya yang kerap merebahkan diri turut menaikkan kemarahan ramai, termasuk seorang ahli politik Britain yang menggelarnya seorang badut dalam Piala Dunia musim panas lalu.
“Neymar bertanggungjawab untuk menjaringkan gol atau mencipta jaringan bagi setiap 65 minit dia berada di atas padang dalam saingan Ligue 1 di samping sama prolifik dalam Liga Juara-Juara – satu kejuaraan yang diharap dapat dimilikinya bersama PSG musim ini,” kata analisis Whoscored.com itu.
Seterusnya, di tangga ketiga ialah Eden Hazard dengan 7.84 mata dengan analisis berikut: “Eden Hazard adalah tonggak Chelsea sepanjang enam tahun ini untuk ditakrif selaku pemain terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL). Didasarkan kepada prestasinya dalam jersi Belgium dalam Piala Dunia 2018, Hazard adalah seorang penyerang yang semakin cemerlang seiring dengan peningkatan usianya.
“Pemain berusia 27 tahun ini adalah antara pemain paling menyinar dalam Piala Dunia dan meneruskan prestasi cemerlangnya bersama kelab pada permulaan musim ini. Hazard telah sama ada menjaringkan gol atau mencipta jaringan bagi setiap 71 minit dia berada di atas padang dalam saingan EPL musim ini,” kata Whoscored.com lagi.
Namun, seperti keputusan anugerah utama yang lain, pertikaian tidak boleh dielakkan dan senarai ranking terbaik Whoscored.com ini juga tidak berbeza.
Mungkin bukanlah sangat Modric tapi Ronaldo pasti tidak akan dapat menerimanya.
Kedudukan 10 teratas ranking Whoscored.com 2018:
1: Lionel Messi (FC Barcelona dan Argentina) — 8.52.
2: Neymar Jr. (Paris Saint-Germain dan Brazil) — 8.42.
3: Eden Hazard (Chelsea dan Belgium) — 7.84.
4: Zlatan Ibrahimović (LA Galaxy) — 7.84.
5: Miguel Almirón (Atlanta United dan Paraguay) — 7.75.
6: Cristiano Ronaldo (Juventus FC dan Portugal) — 7.73.
7: Carlos Vela (Los Angeles FC dan Mexico) — 7.71.
8: Téji Savanier (Nimes FC) — 7.71.
9: Kylian Mbappé (Paris Saint-Germain dan Perancis)— 7.7.
10: Nicolás Lodeiro (Seattle Sounders dan Uruguay)— 7.7.