Skip to main content

Rencana

Messi: Derita bersama Barca, bahagia buat Argentina

messi-cover-pix.jpg
Ia kisah yang kini terbalik, dengan Lionel Messi mendapati dirinya dalam dua keadaan berlawanan dengan apa yang dilaluinya sebelum ini.

“Messi menikmati hayat bersama Argentina dan sengsara ketika menyarung jersi Barcelona,” kata tajuk akhbar harian sukan Sepanyol, Marca.

Ia berkisar kepada kemenangan 2-1 (gol Lautaro Martinez m-45 dan Joaquin Correa m-79) ke atas Bolivia dalam saingan kelayakan Piala Dunia di La Paz kelmarin.

Ia hanyalah kemenangan kedua Argentina di aras setinggi 3,500 meter dari paras laut itu dalam tempoh 47 tahun – mereka pernah dibelasah 6-1 di sana dalam saingan kelayakan 2010 dan hanya seri 1-1 dalam laluan ke Piala Dunia 2018 -- hasil inspirasi… siapa lagi kalau bukan Messi.

Harus sudah beribu-ribu kali bintang berusia 33 tahun itu lebih gembira beraksi buat kelab Catalan itu berbanding ketika mengetuai La Albiceleste di peringkat antrabangsa.

Keputusan buruk, krisis dalaman dan persoalan berterusan adalah ciri-ciri lazim kerjaya antarabangsanya berbanding di Catalonia di mana dia adalah idola yang tiada cacat-cela, yang tidak sunyi daripada mencetuskan detik-detik keajaiban setiap hujung minggu di atas padang.

Kini, bagaimanapun, keadaan itu sudah diterbalikkan, dengan Messi mengharungi saat-saat sukar bersama Barcelona.

Kesengsaraannya tergambar pada musim panas baru-baru ini apabila dia cuba untuk mencari jalan keluar dari Camp Nou dan berkemungkinan angkat kaki ke Manchester City atau Inter Milan gara-gara patah hati dan kecewa dek keaiban dalam Liga Juara-Juara UEFA (UCL), pertukaran kejurulatihan dan krisis dalam hierarki kelab.

Ceritanya, bagaimanapun, berbeza bersama skuad kebangsaan Argentina kini.

Bintang berjersi nombor 10 itu amat selesa di tanah air sendiri bersama sekumpulan pemain yang sangat mengalu-alukan keehadirannya tapi tidak juga bergantung sepenuhnya kepadanya.




Kebergantungan kepada Messi tentunya tidak akan pernah luput disebabkan bakat luar biasanya tapi tiada pasukan terdahulu mampu melakukan lebih banyak di sekeliling dirinya.

Pengurus La Albiceleste, Lionel Scaloni, amat arif bagaimana untuk memenangi hati pemain-pemainnya – dengan Messi turut tidak terkecuali.

Sebaliknya, dalam beberapa musim kebelakangan, Barcelona tidak begitu mampu berkomunikasi dengan kapten mereka itu dengan cara yang sama dengan dilakukan pengurus Argentina itu dan sengsara disebabkannya.

Ia sesuatu yang tidak dapat dibayangkan beberapa tahun lalu bahawa ini akan menjadi realiti pada 2020, khususnya selepas Messi angkat kaki dari bola sepak antarabangsa.




Bola sepak, bagaimanapun, tidak berbeza dengan apa-apa yang lain dan keadaan boleh berubah tanpa diduga dalam sekelip mata.

Dalam hubungan ini, peminat pasukan Argentina harus gembira ia kini berlaku untuk menikmati pengaruh yang dibawa Messi dalam skuad La Albiceleste dengan cara yang hanya mampu diharapkan dan dirindui oleh peminat Barcelona.
 

Advertisement

Must Watch Video