Merdeka, bagi seorang penggiat sukan tanah air, bukan sekadar bebas daripada penjajahan fizikal, tetapi bebas daripada belenggu sistem dan mentaliti lama yang menghalang kemajuan sukan negara.
Dalam arena sukan moden, kemerdekaan bermakna kebebasan untuk berfikir, bertindak, dan mencipta tanpa terikat pada birokrasi yang membantutkan potensi atlet. Seorang penggiat sukan melihat merdeka sebagai ruang untuk membina ekosistem yang lebih telus, profesional, dan berfokus kepada pembangunan bakat dan kemajuan sukan negara, bukannya terperangkap dalam kitaran amalan lapuk dan budaya sistemik.
Bagi seorang penggiat sukan, kebebasan berfikir adalah teras kemerdekaan sebenar. Ramai atlet, jurulatih dan pengurus masih terikat kepada kaedah konvensional yang tidak lagi relevan dengan tuntutan sains sukan terkini.
Apabila pemimpin sukan yang juga lantikan bukan bidang tidak memberi ruang kepada idea baharu, menyekat kreativiti, menghalang inovasi, maka denyut nadi sukan terhenti dan sukan negara menjadi lesu. Merdeka bermaksud memberi peluang kepada setiap pihak dari pentadbir hingga jurulatih akar umbi untuk berkongsi pandangan dan meneroka pendekatan moden tanpa rasa takut ditekan atau dipinggirkan.
Kemerdekaan dalam sukan juga melibatkan keberanian untuk membetulkan polisi dan struktur yang lapuk. Banyak dasar yang di bentuk berdasarkan kepentingan jangka masa pendek atau pengaruh politik, bukan keperluan pembangunan jangka masa panjang.
Seorang penggiat sukan yang benar-benar memahami erti merdeka akan berjuang untuk meletakkan atlet sebagai pusat segala keputusan. Ini termasuk menuntut sistem pemilihan yang adil, pengagihan dana yang telus, lantikan pemimpin sukan dalam bidang dan pengiktirafan kepada semua cabang sukan. Apabila budaya sistemik ini bersifat negatif, maka ia terperangkap dalam sikap lama yang mementingkan kronisme, politik dalaman, atau mentaliti "asal ada", dan menghalang kemajuan sukan negara.
Lebih malang lagi, apabila bidang sukan sendiri disusun catur bukan ahli bidangnya. Ada yang terlebih bijak pandai, memandai mandai meletakan sesuatu yang tidak betul di tempatnya. Maka apabila bukan ahli yang menjaga bidang itu, ia tidak datang dari hati akan tetapi lebih kepada nafsu jawatan, kuasa dan wang sahaja.
Ramai yang terlibat dalam bidang sukan sejak dari kecil lagi, mereka faham erti pegorbanan masa, harta dan wang jika ingin sertai dalam bidang sukan ini. Mereka ini jatuh bangun, lulus gagal, sedih gembira, menang kalah hanya semata mata ingin melihat dan membawa bidang ini berjaya. Akan tetapi datang sekelompok manusia kononya ingin bantu bidang sukan berjaya, akan tetapi tidak selari tindakan nya.
Merdeka dalam konteks sukan menuntut budaya profesional yang bebas daripada campur tangan tidak wajar. Integriti menjadi tunjang, tiada kompromi terhadap penipuan umur, salah guna kuasa, atau pemilihan berdasarkan hubungan peribadi. Seorang penggiat sukan yang merdeka berani bersuara apabila integriti dicabar, walaupun ia memerlukan pengorbanan peribadi. Keberanian ini adalah manifestasi kemerdekaan sebenar: kebebasan untuk berkata benar demi kemajuan sukan tanah air. Budaya sistemik dalam konteks sukan di Malaysia merujuk kepada corak pemikiran, amalan, dan struktur yang berakar umbi dalam organisasi sukan sehingga menjadi norma yang sukar diubah walaupun terdapat kelemahan yang jelas. Ia mempengaruhi pengurusan, pemilihan atlet, lantikan pemimpin sukan, penggunaan sumber, dan hala tuju pembangunan sukan secara menyeluruh
Sejarah sukan menunjukkan bahawa negara yang progresif adalah negara yang sentiasa berevolusi. Merdeka bermakna bersedia untuk menyesuaikan diri dengan perkembangan sains sukan, teknologi prestasi, dan metodologi latihan terkini. Namun, sebahagian sistem sedia ada masih terlalu selesa dengan pencapaian lalu dan enggan berubah. Kritikan yang membina harus dilihat sebagai pemangkin transformasi, bukan ancaman. Di sinilah peranan penggiat sukan untuk menjadi jambatan antara tradisi dan kemodenan. Penggiat sukan perlu lindungi bidang sukan ini dari DNA perosak, yang hanya berfungsi sebagai parasit.
Bagi seorang penggiat sukan, merdeka juga membawa erti tanggungjawab sosial menggunakan platform sukan untuk membina perpaduan, membentuk sahsiah, dan memupuk nilai positif dalam kalangan generasi muda. Kebebasan yang dimiliki tidak boleh hanya digunakan untuk kepentingan diri, tetapi harus disalurkan kepada program pembangunan akar umbi, pembelaan hak atlet, dan pendidikan sukan yang inklusif.
Akhir kalam, erti merdeka bagi seorang penggiat sukan tanah air ialah keberanian untuk menuntut perubahan, keteguhan memelihara integriti, dan kesediaan untuk memacu sukan ke tahap yang lebih tinggi.
Kemerdekaan bukan sekadar simbol bendera berkibar atau sorakan di stadium, tetapi keupayaan untuk membina sistem yang adil, terbuka, dan berdaya saing di peringkat dunia.
Hanya apabila kita benar-benar merdeka daripada segala bentuk ketidakadilan dan kelemahan sistemik, barulah sukan negara boleh berjaya di peringkat dunia.
Oleh Pensyarah Kanan Sains Sukan, Universiti Teknologi Malaysia, Ts Dr Hadafi Fitri Mohd Latip