Dalam situasi tertekan, kekuatan mental menentukan emas atau perak.
Tahniah kepada pasukan sepak takraw regu berpasukan lelaki yang membutirkan perak manakala boling trio wanita cekal untuk catat emas pertama Malaysia di Sukan Asia 2018, Indonesia.
Kontinjen negara berdepan atlet Asia bertaraf dunia di Jakarta dan Palembang dan tiada jalan mudah untuk memenangi pingat.
Semalam, pasti seluruh Malaysia menanti untuk mendengar berita baik di final regu berpasukan menentang musuh tradisi, Thailand juga negara yang mendominasi sukan sepak takraw.
Sememangnya semua peminat tahu akan keagungan Thailand dan sedikit sebanyak ia menjadi halangan kepada pasukan Malaysia dari segi mental.
Jika berkali-kali tewas, sudah pasti minda akan percaya bahawa sukar untuk menang.
Besar kemungkinan itu yang dilalui oleh pasukan sepak takraw Malaysia di final.
Setelah regu pertama tewas 21-15, 21-15, regu kedua diwakili oleh Muhammad Syahir Mohd Rosdi (tekong), Farhan Adam (pengumpan) dan Muhammad Azlan Alias (perejam) terganggu dari segi fokus dan mental setelah mendahului di set pertama pada mata ke-19, namun gagal mengambil peluang dan lebih dramatik di mata terakhir rejaman Azlan yang dikatakan terkena tangan pemain Thailand tidak dipersalahkan oleh pengadil walaupun dibantah kem Malaysia untuk Thailand menang 21-19.
"Setelah situasi itu berlaku, kami ada sedikit gangguan mental", kata Syahir yang banyak membuat kesilapan servis.
Thailand menghukum Malaysia yang tampak terganggu dan kurang fokus di set kedua untuk mempertahankan kejuaraan.
Bagaimanapun, prestasi lebih baik dibanding edisi Incheon dahulu sekadar gangsa tetapi gagal mengulangi kejayaan Malaysia rangkul emas edisi 1990 dalam acara regu berpasukan.
Sebab itu, jurulatih dan pakar psikologi sukan menekankan latihan mental dan cara-cara mengawal emosi dan pemikiran buat atlet elit.
Tiada jalan pintas dan itu yang membawa emas kepada pasukan boling trio wanita diwakili Esther Cheah, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman dan Syaidatul Afifah Badrul Hamidi.
Kata Siti Safiyah "Cabaran sangat sengit di block kedua dan semua pasukan boleh menang. Kami mengingatkan sesama sendiri untuk terus berjuang dan berkongsi informasi untuk kekal konsisten".
Bro sepak takraw, hardluck! Terus fokus.