3 Januari lalu legenda Formula 1 Michael Schumacher meraikan ulang tahun kelahirannya ke-50.
Bagi peminat permotoran tanah air, Schumacher adalah daya penarik utama F1 sejak sukan ini mula berputik di Malaysia.
Begitu epik perseteruan dia dengan bintang Mclaren ketika era lewat 90an dan alaf baru Mika Hakkinen sehingga Schumacher menjadi satu elemen mistik tatkala dia mengendalikan jentera.
Sepanjang kerjaya dari tahun 1991 hingga 2012, Schumacher tidak pernah terusik dengan kemalangan serius.
Disember 2013 waktu meluncur di pergunungan Alps Perancis,ikon Ferrari ini ditakdirkan mengalami kecederaan yang hampir meragut nyawa.
Sejak itu dunia tidak lagi melihat bayangan Schumacher yang dikhabarkan lumpuh, bersandarkan kepada sistem sokongan nyawa dan terlindung di agamnya.
Membuktikan betapa dia hanya manusia biasa tanpa keselesaan jentera berkuasa tinggi dan adrenalin di dalam litar.
Bayangkan betapa pengaruh dia berupaya bantu Ferrari ketika ini yang mengalami kemerosotan prestasi dan berada jauh daripada pandangan jentera Mercedes.
Mengenang Michael Schumacher buat saya terfikir betapa beruntung individu yang berkesempatan melihat dia pamer lagak sepanjang kerjaya.
Setidaknya Michael dalam sedar atau tidak wajar berbangga dengan kehadiran anaknya Mick yang sudah mula mencipta nama sebagai bintang dalam pembikinan dan hanya menunggu masa meneruskan legasi bapanya di F1.