Skip to main content

Rencana

Mehmet Durakovic tidak pernah dilupakan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

181015durakovic-jpg.jpg
Jika diungkap kisah silam beliau sewaktu beraksi pada tahun 1995 hingga 1998, Mehmet merupakan watak penting dalam membantu gergasi lembah Klang itu mencipta kejayaan merangkul kejuaraan Piala Malaysia selama tiga tahun berturut turut.

Namun kini, memegang jawatan selaku Ketua Jurulatih skuad Selangor, pencapaian Mehmet boleh dibanggakan kerana dalam masa 3 tahun, Mehmet berjaya membawa Selangor menjadi Naib Juara liga super pada 2013 dan 2014, dan tangga ketiga pada tahun 2015. 

Akan tetapi, seperti semua sedia maklum, selaku pasukan paling banyak memenangi Piala Malaysia, Selangor amatlah dahagakan kejayaan dalam saingan Piala Malaysia bagi membawa kembali piala keramat itu ke lembah Klang. Ini bermakna, selagi misi 33 yang berulang kali diguna pakai tidak mampu digapai, Mehmet dilihat masih belum mampu memuaskan hati semua pihak dan ini ditambah pula dengan tangan tangan ghaib yang mahu jawatan kerusi panas itu ditukar ganti.

Jadi bagaimana kedudukan Mehmet selepas ini ? Kita sedia maklum Mehmet ada sentimental value bersama skuad merah kuning, namun  mungkinkah akan ada penukaran jurulatih untuk musim hadapan ? Atau mungkin Mehmet bakal dilamar pasukan pasukan tempatan lain?

Semuanya hanya akan terjawab selepas berakhirnya saingan Piala Malaysia kali ini.

Advertisement

Must Watch Video